Friday, 12 April 2013

Artikel 15 Kajian Keberkesanan NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012



Kajian Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2012

Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan
Institut Aminuddin Baki

Tarikh Kursus
15 Julai – 14 Disember 2012
[121 orang peserta]
Dr. Kamaruzaman Moidunny
Dr. Shariffah Sebran Jamila Syed Imam
Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh
Dr. Jamelaa Bibi Abdullah
En. Edaris Abbu Bakri
YM Raja Rafidah Hanim Raja Abdul Aziz
Pn. Salina Hanum Osman Mohamed
Pn. Sathiyabama Suprammaniam
En. Lee Ah Kit
En. Muhammad Lukman Ismail
En. Adi Hassim
Pn. Asiah Yacob Khan
 

 
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program latihan ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  melalui Institut Aminuddin Baki yang memakan masa selama lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan kedua tahun 2012. Seramai 121 orang dilibatkan dalam kajian ini terhadap sepuluh aspek iaitu (1) akses internet, (2) bahan pelajaran sesi bersemuka, (3) bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, (4) aktiviti e-pembelajaran, (5) penyampaian pensyarah, (6) Program Penandaarasan, (7) Program Sandaran, (8) kandungan kursus, (9) pentaksiran sebelum kursus dan (10) pentaksiran selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item yang berkait dengan kemudahan dan kepantasan internet di IAB dan juga di rumah. Bahan pelajaran pula terdiri daripada  dua komponen iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada dua iaitu kandungan umum dan kandungan spesifik kursus. Kandungan spesifik kursus pula terdiri daripada tujuh modul NPQEL iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 109 orang peserta menunjukkan bahawa kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.



Pendahuluan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) adalah satu program yang unik dan sangat penting di peringkat nasional untuk melatih bakal pengurus dan pemimpin sekolah. Dalam kalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), program ini dikenali sebagai Program Latihan NPQEL yang mengambil singkatan daripada perkataan National Professional Qualification for Educational Leaders. Program Latihan NPQEL ini dimulakan pada tahun 1999 disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu:

  1. Perkembangan bidang pendidikan yang pesat di Malaysia dan seluruh dunia menyebabkan bakal pengurus dan pemimpin sekolah memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru. Kemahiran konsepsi dan kemahiran kraf perlu dikuasai oleh mereka untuk digunakan di sekolah (Guskey 2002).
  2. Selari dengan kehendak Laporan Jawatan Kuasa Kabinet pada tahun 1979 berhubung dengan latihan kepada pengurus dan pemimpin sekolah. Laporan ini mengesyorkan penubuhan sebuah institusi pelajaran tempatan yang akan menawarkan latihan bagi Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 1979).
  3. Pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan profesional untuk pengurus dan pemimpin sekolah yang diperoleh oleh pegawai tinggi KPM semasa mereka berkursus di luar negara. Pengaruh program latihan di Amerika Syarikat (Council of Chief State School Officer, CCSSO 1996) dan di Britain (Teacher Training Agency, TTA 1998) telah menjadi asas rujukan penghasilan modul latihan NPQEL di Malaysia (Abdul Aziz 2003).
  
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)

Program Latihan NPQEL ini dimulakan pada tahun 1999 oleh KPM melalui pusat latihan KPM iaitu Institut Aminuddin Baki (IAB). IAB melaksanakan program latihan ini di dua lokasi yang berasingan iaitu di Genting Highlands, Pahang Darul Makmur dan di Jitra, Kedah Darul Aman. Pada awal pelaksanaan,  program ini dikenali sebagai NPQH yang mengambil sempena nama National Professional Qualification for Headship. Mulai ambilan tahun 2008, nama NPQH telah ditukar kepada NPQEL untuk membezakan tentang nilai tambah yang diperoleh peserta yang mengikuti program latihan ini. Peserta bagi ambilan 2008 dan seterusnya telah mendapat nilai tambah berkaitan pengiktirafan program ini yang menyamai taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Peserta yang selesai menjalani program latihan NPQEL dengan cemerlang akan diberikan nilai yang sama seperti nilai taraf peperiksaan PTK dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Langkah ini diperkenalkan oleh IAB dalam usaha menaikkan nilai program ini kerana apa yang dipelajari oleh peserta adalah merangkumi keseluruhan kandungan yang diuji dalam peperiksaan PTK.

Bermula pada tahun  1999 hingga 2010, sebanyak 14 kumpulan peserta telah diambil untuk mengikuti Program Latihan NPQEL ini, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Sejumlah 2008 orang peserta telah mengikuti program latihan ini. Daripada jumlah ini, 1084 orang guru Siswazah (Sekolah Menengah) dan 872 adalah guru Bukan Siswazah (Sekolah Rendah). Peserta ini adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iaitu pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. Secara umumnya peserta adalah pegawai yang sedang berkhidmat di sekolah,  Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti dan juga daripada Bahagian-bahagian dalam KPM.

Jadual 1: Jumlah Peserta NPQH/ NPQEL Mengikut Tahun dan Ambilan
Kohort
Tahun
Sek. Menengah
Sek. Rendah
Jumlah
Kohort 1
1999
216
43
259
Kohort 2
2000
0
243
243
Kohort 3
2000
130
0
130
Kohort 4
2001
67
58
125
Kohort 5
2001
36
0
36
Kohort 6
2002
58
26
84
Kohort 7
2003
50
0
50
Kohort 8
2004
67
130
197
Kohort 9
2005
40
132
172
Kohort 10
2006
96
76
172
Kohort 11
2007
78
67
145
NPQEL Kohort 1
2008
83
58
141
NPQEL Kohort 2
2009
112
22
134
NPQEL Kohort 3
2010
51
17
68
NPQEL Ambilan 1
2011*
48
66
114
NPQEL Ambilan 1
2012*
52
73
125**
NPQEL Ambilan 2
2012*
67
54
121***
Jumlah Besar

1251
1065
2316

Sumber: Urus Setia NPQEL IAB (2012)
* Mod baru
** Telah menamatkan kursus pada Julai 2012
*** Telah menamatkan kursus pada Disember 2012

Pada tahun 2011, pihak IAB telah mengemukakan syor bagi mengubah tempoh program NPQEL dan strukturnya. Tempoh baru adalah selama 5 bulan dan mod pengajian diadakan secara bersemuka (face to face), e-pembelajaran dan konsultasi. Permohonan IAB kepada JPA untuk mengubah program ini telah diterima dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 17 Mac 2011.


Program NPQEL kaedah baru (Rajah 1) bermula dengan Ambilan 1 yang memulakan pengajian pada bulan Julai 2011.  Kaedah baru merangkumi pengajian secara bersemuka dan e-pembelajaran selama 5 bulan.  Tempoh bersemuka keseluruhan adalah selama 6 minggu manakala 14 minggu lagi dikendalikan secara e-learning.  Dalam tempoh 14 minggu secara e-learning itu juga terdapat dua aktiviti konsultasi penting iaitu Program Penandaarasan selama 2 minggu dan Program Sandaran selama 8 minggu.

Fasa e-learning merangkumi pembelajaran dan aktiviti atas talian.  Selain daripada nota tambahan dan bahan-bahan bacaan lain seperti surat pekeliling, artikel ilmiah dan video, terdapat juga pelbagai aktiviti latihan dan penilaian seperti kuiz, uji minda, forum dan tugasan. Peserta yang mengikuti program NPQEL kaedah baru ini tidak perlu melepaskan jawatan yang mereka sandang apabila mengikuti program ini.  Peserta dikehendaki mengikuti pengajian secara bersemuka di IAB dan kemudiannya kembali menjalankan tugas hakiki mereka di sekolah atau organisasi masing-masing. Oleh yang demikian, program NPQEL kini menggunakan pendekatan kursus dalam perkhidmatan seperti kursus CPD (Continuous Professional Development) yang lain.


Struktur program NPQEL mulai  2011 adalah seperti dalam Rajah 1 berikut:

FASA 1
FASA 2
PENILAIAN AKHIR
Bersemuka








3 minggu
di IAB

e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
 +
Penandaarasan
(2 minggu di sekolah terpilih)

+
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
Bersemuka

Peperiksaan Fasa 1 





2 minggu
di IAB

e-learning
+
Sandaran






8 minggu
di sekolah sendiri

Bersemuka
Peperiksaan Akhir
Serahan Portfolio
Ujian Kecergasan
Temuduga Panel Penilai




1 minggu
di IAB






Rajah 1: Struktur NPQEL

Satu lagi perubahan yang dilakukan kepada program NPQEL adalah dari segi pertautan program ini dengan lanjutan pengajian oleh peserta seterusnya ke Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi ijazah pertama dan sarjana.  Mulai pengambilan Julai 2011, tidak ada lagi pertautan dengan lanjutan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya dan ini membolehkan penyertaan dalam program NPQEL tanpa sebarang syarat had umur.


KONSEP Penilaian

Dalam menentukan impak Program NPQEL, kita tidak boleh lari daripada membahaskan konsep penilaian dan penilaian program. Sehubungan dengan itu, perbahasan di bawah ini akan memfokuskan kepada konsep penilaian dan penilaian program. Perbahasan ini akan membantu kita memahami mengapa wujudnya keperluan untuk menilai sesuatu program seperti Program NPQEL ini.

Brinkerhoff et al. (1983) menyatakan bahawa penilaian mempunyai pelbagai maksud dan takrifan, bergantung kepada tujuan penilaian dilakukan. Takrifan yang pelbagai ini juga terhasil daripada piawai yang berlainan yang digunakan semasa membuat penilaian. Menurut Tyler (1950), penilaian adalah satu proses menentukan sejauh manakah objektif sesuatu program dapat dicapai. Bagi Alkin (1969), Cronbach (1963) dan Stufflebeam et al. (1971), penilaian adalah proses pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk membuat keputusan. Manakala Suchman (1967) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu usaha untuk mengenal pasti sama ada sesuatu program berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

Sax (1973) pula mentakrifkan penilaian sebagai satu proses yang mana penghakiman nilai atau keputusan dibuat berdasarkan pemerhatian-pemerhatian, latar belakang dan latihan yang diperolehi oleh seseorang penilai. Bagi Popham (1975) pula,  penilaian merupakan satu cara untuk menentukan kepentingan atau faedah sesuatu perkara. Sementara Doll (1978) mentakrifkan penilaian sebagai suatu usaha meluas dan berterusan ke arah meninjau kesan daripada penggunaan kandungan dan proses pendidikan. Seterusnya Beeby (1978) pula menyatakan bahawa penilaian adalah proses pemulihan yang sistematik dalam mentafsirkan maklumat bagi tujuan membuat rujukan.

Joint Committee on Standard for Educational Evaluation, Amerika Syarikat (1981) mentakrifkan penilaian sebagai satu cara pengukuran yang dilaksanakan secara sistematik untuk mengenal pasti nilai sesuatu perkara atau objek. Manakala Scriven (1991) menyatakan bahawa penilaian adalah proses untuk menentukan merit, kebaikan dan nilai bagi sesuatu perkara. Gronlund (1976) pula menyatakan bahawa dalam bidang pendidikan, penilaian adalah proses sistematik untuk menentukan sejauh manakah objektif pengajaran telah dicapai oleh peserta. Manakala Carey (1994) mentakrifkan penilaian sebagai suatu proses menentukan kualiti bagi sesuatu perkara.

Kirkpatrick (1994) menyatakan bahawa penilaian adalah sains dan seni. Sebagai sains, penilaian merupakan pengetahuan yang tersusun dan terkandung dalam konsep, teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik. Sebagai suatu seni pula, penilaian merupakan aplikasi pengetahuan yang tersusun kepada situasi sebenar dalam usaha mendapatkan keputusan secara praktikal seperti yang diinginkan. Nitko (2004) pula mentakrifkan penilaian sebagai aplikasi bagi penghakiman atau nilai-nilai, atau kedua-duanya yang berkaitan dengan hasil pengukuran atau pemerhatian. Manakala Siti Rahayah (2003) pula mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Sementara Fizpatrick et al. (2004) mentakrifkan penilaian sebagai memberi identifikasi, membuat pengesahan dan penggunaan kriteria yang boleh dipertahankan untuk menentukan nilai objek yang sedang dinilai berkaitan dengan kriteria yang ditentukan. Seterusnya Linn dan Miller (2005) pula mentakrifkan penilaian sebagai berkaitan dengan keupayaan untuk menghakimi nilai sesuatu bahan dengan tujuan yang tertentu.

Ibrahim (1996) menyatakan bahawa kesimpulan yang boleh dibuat terhadap maksud penilaian adalah berkisar kepada tiga persoalan utama iaitu apa, bagaimana dan kenapa. Bagi beliau, penilaian adalah perbandingan hasil dengan kriteria atau piawai yang telah dibentuk, dilakukan secara tersusun dan sistematik yang digunakan untuk mendapatkan keputusan dan kesimpulan. Keputusan dan kesimpulan ini boleh digunakan untuk memperbaiki sesuatu program atau projek. Fitzpatrick et al. (2004) menyatakan bahawa oleh kerana ciri-ciri penilaian yang rencam  dan kompleks, maka tiada definisi khusus yang disepakati oleh ahli-ahli penilaian. Perkara ini juga disokong oleh Brienkerhoff et al. (1983), Eseryel (2002) (dalam Jamil 2002) dan Norasmah (2002).

Dengan takrifan dan fungsinya yang pelbagai, Rossi et al. (2004) berpendapat bahawa penilaian perlu dibuat secara khusus dan teliti agar dapat menghasilkan jawapan yang berwibawa dan berguna untuk menyelesaikan masalah, di samping boleh dilaksanakan melalui sumber yang ada. Bagi mereka, penilaian mempunyai banyak tujuan seperti membantu pihak pengurusan memperbaiki program, membantu menghindarkan kritik, mengetahui tentang impak program, menyediakan input terhadap keputusan pembiayaan program, struktur atau pentadbiran; atau digunakan sebagai maklum balas terhadap tekanan politik. Bagi Talmage (1982), terdapat tiga tujuan utama penilaian iaitu mendapatkan penghakiman kebaikan sesuatu program, membantu pembuat dasar membuat keputusan dan menyediakan khidmat bagi fungsi politik. Sementara Mark et al. (1999) menyatakan penilaian mempunyai empat tujuan berbeza iaitu pentaksiran merit atau kebaikan, pengawalan dan pematuhan, penambahbaikan program dan organisasi; dan pembangunan pengetahuan. Rallis dan Rossman (2000) pula menyatakan tujuan asas penilaian adalah untuk pembelajaran iaitu membantu memahami dan menginterpretasi permerhatian.

Menurut Stufflebeam (1986), penilaian adalah sangat penting kerana untuk melakukan penambahbaikan, kelemahan dan kekuatan sesuatu program perlu diketahui. Bagi beliau, penilaian adalah seiring dengan penambahbaikan sesuatu program. Manakala Kirkpatrick (1994) pula menyatakan bahawa penilaian latihan adalah proses sistematik bagi mengumpul dan menganalisis maklumat untuk memperihal dan menghakimi merit atau kebaikan sesuatu program. Sheal (1990) menyatakan bahawa tujuan penilaian latihan adalah untuk membantu membuat keputusan khusus sama ada menguat, mengekal, menyemak atau memansuhkan program latihan atau aktiviti atau komponen sesuatu program latihan.

Manakala Kirkpatrick (1994) pula menyatakan bahawa penilaian latihan bertujuan mengukuh dan menghakimi merit atau kebaikan sesuatu program latihan dan kesannya kepada pengguna akhir. Esterby-Smith (1987) dan Reeves (1994) pula menyatakan tujuan penilaian adalah untuk menentukan sejauh manakah objektif-objektif program latihan telah dicapai. Manakala Eseryel (2002), menyatakan bahawa aktiviti melibatkan penilaian latihan adalah kompleks dan tidak selalunya distrukturkan dengan baik. Bagi beliau, penilaian seharusnya dilihat sebagai aktiviti kolaboratif bagi pereka bentuk program, jurulatih, penyelia latihan dan orang yang berkepentingan. Seterusnya, Abdul Aziz (2003) menyatakan bahawa tujuan penilaian latihan adalah untuk memperihalkan pencapaian suatu  aktiviti berdasarkan inkuiri formal. Bagi Fitzpatrick et al. (2004) pula, penilaian latihan bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan kandungan dan struktur bagi pindaan dan penambahbaikan program latihan.

Berdasarkan pendapat dan ulasan pakar di atas, dapat disimpulkan bahawa penilaian mempunyai definisi yang pelbagai. Definisi yang pelbagai ini terhasil disebabkan oleh tujuan penilaian yang berbeza. Namun begitu, definisi penilaian ini secara khususnya adalah terdiri daripada proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan dalam usaha penilai membuat justifikasi terhadap sesuatu objek, program, aktiviti atau perkara yang dinilai. Proses yang sistematik, berhati-hati dan menggunakan kaedah serta teknik tertentu bergantung kepada matlamat akhir yang ditetapkan oleh penilai. Dengan kata lain, penilai merupakan orang yang bertanggungjawab menentukan proses penilaian yang perlu dibuat dalam usaha mendapatkan jawapan terhadap apa yang dinilai.

Konsep Penilaian Program

Royse et al. (2001) mendefinisikan program sebagai kumpulan aktiviti-aktiviti yang diorganisasi dan direka bentuk untuk mencapai objektif-objektif yang tertentu. Bagi mereka, penilaian program melibatkan penilaian satu atau lebih domain-domain berikut iaitu keperluan program, reka bentuk program, pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan, kesan atau hasil serta impak program.

Cronbach et al. (1985) serta Leong dan Lee (1987), menyatakan bahawa penilaian program bermaksud proses penghakiman terhadap program dan proses itu pula melibatkan prosedur-prosedur yang dijalankan dengan atau tanpa instrumen-instrumen tertentu. Bagi Scalock dan Thornton (1988), penilaian program merupakan perbandingan berstruktur kerana melibatkan perbandingan dengan perkara-perkara lain. Program-program dibandingkan dengan program-program yang sama yang dibuat oleh organisasi lain, program yang telah lepas atau akan datang, atau dengan objektif yang telah ditetapkan. Bagi Gredler (1996) pula, penilaian program merupakan aktiviti pengumpulan maklumat berkaitan pengurusan, polisi, program, kursus, perisian pendidikan dan bahan pengajaran yang berkaitan. Beliau juga menyatakan bahawa tiga ciri khusus perlu diberi perhatian oleh penilai-penilai program. Pertama, penilaian program melibatkan inkuiri sistematik yang memberikan maklumat kepada pembuat dasar. Kedua, penilaian program mesti berorientasikan nilai (IAB 1992) kerana nilai dapat menunjukkan kejayaan dan kegagalan sesuatu program. Ketiga, penilaian boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir program.

Bagi McNamara (2008) pula, penilaian program ditakrifkan sebagai satu proses pengumpulan maklumat bagi tujuan membuat keputusan terhadap program tersebut. Bagi Fitzpatrick et al. (2004), pandangan seseorang terhadap penilaian menghasilkan kesan langsung terhadap jenis aktiviti penilaian yang dibuat, sama ada menilai kurikulum, program latihan korporat atau perkara-perkara lain.  Seterusnya Brinkerhoff (1989) menyatakan bahawa penilaian program yang dilaksanakan harus dapat menunjukkan tahap impaknya dan juga hubungan yang signifikan di antara latihan dengan pembangunan keterampilan, peningkatan prsestasi manusia dan impak organisasi.


Teori dan Model Penilaian Program

Terdapat berbagai-bagai model atau pendekatan yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu program latihan. Nadler (1983) menyatakan bahawa model diibaratkan sebagai jalan raya yang membantu seseorang pemandu agar tidak sesat. Manakala Ibrahim (2001) pula menyatakan bahawa model adalah lambang atau simbol kepada keadaan sebenar. Bagi beliau, model boleh menggambarkan keadaan sebenar yang ringkas tetapi komprehensif.

Seterusnya bagi Stufflebeam dan Shinkfield (1990), pendekatan penilaian boleh dibahagikan kepada pendekatan penilaian pseudo, penilaian kuasi dan penilaian sebenar.   Gredler (1996) mengemukakan dua pendekatan penilaian iaitu pendekatan utilatarian dan pendekatan pluralist atau intuitionist. Manakala Trochim (1999) berpendapat bahawa terdapat empat pendekatan penilaian iaitu berdasarkan orientasi model penyelidikan saintifik, sistem pengurusan, antropologi atau model kualitatif dan peserta program. Sementara Eseryel (2002) mengkategorikan pendekatan penilaian kepada enam iaitu penilaian berasaskan matlamat, penilaian bebas-matlamat, penilaian responsif, penilaian sistem, kajian profesional dan quasi-legal. Bagi beliau, empat pendekatan penilaian yang pertama iaitu penilaian berasaskan matlamat, penilaian bebas-matlamat, penilaian responsif dan penilaian sistem; sering digunakan untuk menilai program latihan.  Bagi Fitzpatrick et al. (2004), reka bentuk penilaian boleh dibahagikan kepada enam pendekatan berdasarkan orientasinya iaitu berorientasikan objektif, pengurusan, pengguna, pakar, lawan dan berorientasikan naturalistik dan peserta.

Antara pelbagai model penilaian yang dikemukakan oleh pakar-pakar penilaian dan pendidikan adalah seperti Model Penilaian Tyler (1950), Model Penilaian Metfessel dan Michael (1967), Model Penilaian Hammond (1973),  Model Penilaian Bebas-Matlamat Scriven (1972), Model Penilaian CIRO (1970), Model Penilaian CIPP (1973), Model Penilaian Bell (1979), Model Penilaian Brinkerhoff (2003) dan Model Penilaian Kirkpatrick (1959). Setiap model tersebut mempunyai falsafah tersendiri dan pendekatan yang spesifik. Penyelidik boleh memilih model penilaian berdasarkan kesesuaian mereka.

Kajian Mengenai Program Latihan NPQH/NPQEL
Di luar negara, kajian terhadap Program Latihan NPQH di England yang dilaksanakan oleh Teacher Training Agency, TTA (1998) menunjukkan peserta berpuas hati terhadap program tersebut. Kajian oleh Bolam (1999) pula mendapati Program Latihan NPQH masih bersifat teoritikal dan tidak berkesan untuk meningkatkan kompetensi guru besar dan pengetua. Manakala kajian oleh Ribbins (1999) mendapati bahawa sebahagian peserta menyatakan Program Latihan NPQH gagal mencapai objektif pelaksanaannya. Kajian oleh Male (2001), menunjukkan peserta  Program Latihan NPQH berpendapat bahawa mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menerajui pengurusan dan kepimpinan sekolah. Selanjutnya kajian telah dilaksanakan oleh Bush dan Jackson (2002) yang melibatkan pusat latihan kepengetuaan di Australia (2 buah), Kanada (2 buah), Hong Kong (3), New Zealand (2 buah), Singapura (sebuah), Sweden (sebuah) dan Amerika Syarikat (4 buah). Kajian ini mendapati bahawa terdapat trend yang sama bagi pusat latihan ini daripada segi pengiktirafan latihan, integrasi latihan, strategi pembelajaran, program pembangunan, guru besar atau pengetua sebagai jurulatih dan fasilitator, sekolah sebagai organisasi pembelajaran berasaskan teori dan kajian serta keperluan tajaan untuk kajian terhadap amalan terbaik. Sementara kajian Menter et al. (2007) menunjukkan terdapat impak positif terhadap aspek pembangunan profesional peserta dan pembangunan sekolah di Scotland. 
Di Malaysia, sehingga kini terdapat tujuh kajian yang dilakukan berkaitan program latihan NPQH atau NPQEL ini. Kajian pertama dilaksanakan oleh Abdul Aziz pada tahun 2003 yang meninjau aspek pengetahuan dan kemahiran, kecenderungan bertindak serta pencapaian pada masa sebelum dan selepas menghadiri program latihan tersebut. Soal selidik bagi kajian Abdul Aziz (2003) melibatkan 214 orang graduan Program Latihan NPQH dan 46 orang guru besar.  Manakala tiga orang pensyarah, sepuluh orang graduan dan 10 orang guru besar pula dilibatkan dalam sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan dan kemahiran, sebelum dan selepas menghadiri program latihan ini. Peningkatan ini adalah bagi aspek pembangunan dan pelaksanaan strategik, teori dan gaya kepimpinan, isu-isu perundangan sekolah serta pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat. Bagi aspek kecenderungan bertindak pula, terdapat peningkatan ketara bagi persepsi peserta dalam tiga perkara iaitu melibatkan semua warga sekolah dalam pembinaan visi, visi sekolah yang mempunyai standard pembelajaran yang T dan penambahbaikan sekolah secara berterusan. Bagi aspek pencapaian pula, beliau mendapati tiga perkara yang menunjukkan peningkatan paling besar iaitu mengkomunikasikan visi dan misi kepada warga sekolah dan komuniti, menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai bagi situasi yang berbeza dan memaksimumkan sumbangan staf untuk menambah baik  kualiti pendidikan.
Kajian kedua dilaksanakan oleh BPPDP, KPM pada tahun 2006  (BPPDP 2006a) dengan judul Kajian Penilaian Graduan NPQH. Kajian ini melibatkan 150 orang graduan NPQH yang dilantik ke jawatan pengurusan di sekolah, 115 orang graduan yang tidak dilantik ke jawatan pengurusan sekolah dan 599 orang pentadbir dan guru di sekolah graduan NPQH bertugas (Nur Anuar et al. 2006). Soal selidik dan temu bual dilaksanakan dalam kajian ini. Dapatan kajian BPPDP menunjukkan graduan Program Latihan NPQH telah menunjukkan  keupayaan yang tinggi dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran. Pentadbir dan guru pula memberikan penilaian yang sangat tinggi terhadap aspek kualiti peribadi dan aspek kualiti kepimpinan graduan NPQH. Aspek kualiti peribadi termasuklah menepati masa, fleksibiliti dalam tugas, menghargai sumbangan dan memberi pengiktirafan, kemahiran berkomunikasi, empati dan simpati, positif dan proaktif, perhubungan awam, berketerampilan sebagai pemimpin, berpengetahuan, kreativiti dan inovatif serta kestabilan jasmani, emosi dan rohani. Sementara aspek kualiti kepimpinan termasuklah kebolehan berkomunikasi dan menjaga keharmonian guru dan staf, kualiti diri, kebolehan mengurus hal-ehwal murid, kebolehan mentadbir dan mengurus kewangan sekolah, kebolehan melaksanakan kurikulum yang cekap dan berkesan, kebolehan melaksanakan kokurikulum yang cekap dan berkesan serta kebolehan dalam menjalin perhubungan awam. Dapatan kajian (Nur Anuar et al. 2006) juga menunjukkan tahap sokongan sumber dan sokongan moral daripada rakan sekerja, PPD dan JPN adalah sangat tinggi. Guru di sekolah juga mengiktiraf kelulusan yang dimiliki oleh graduan Program Latihan NPQH. Bagi graduan yang tidak dilantik ke jawatan GPK, mereka telah dapat memberi sumbangan dengan menggunakan pengetahuan dalam perancangan strategik dan pengurusan sekolah. Kajian ini boleh dianggap sebagai satu kajian yang baik kerana melibatkan responden yang ramai (1,400 orang) dan jangkauan lokasi yang besar, meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kajian ketiga dilaksanakan oleh Rohaya et al. (2006) melibatkan 202 orang responden Program Latihan NPQH yang baru selesai menjalani komponen teori selama enam bulan. Kajian ini menggunakan Borang Penilaian Pensyarah (BK-9) dan Borang Penilaian Program Latihan (BK-10).  Soal selidik dalam borang berkenaan  mengandungi item tertutup dan terbuka diedarkan selepas sahaja peserta menamatkan kursus. Dapatan kajian menunjukkan 76 peratus peserta berpendapat bahawa objektif-objektif program tercapai sepenuhnya, 72 peratus bersetuju bahawa program latihan amat banyak membantu mereka dalam menjalankan tugas rasmi, 98 peratus bersetuju bahawa kandungan kursus bersesuaian dengan objektif, tajuk, urutan tajuk dan kerja rasmi, 77.4 peratus peserta menyatakan tempoh program latihan adalah sesuai, 97.8 peratus berpuas hati dengan aspek pengajaran dan lebih 90 peratus menyatakan bahawa kualiti keseluruhan program adalah baik dan cemerlang.
Kajian keempat dilaksanakan oleh Kamaruzaman (2009) bertujuan untuk menilai impak NPQH berdasarkan tiga aras utama iaitu reaksi, pembelajaran dan tingkah laku. Seramai 271 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik bersampelan rawak berstrata. Secara keseluruhannya, reaksi peserta adalah memuaskan terhadap program latihan ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran, disebabkan oleh kehadiran peserta dalam program latihan. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan baik di tempat latihan. Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta menerima baik program latihan ini dan berpuas hati terhadap penilaian reaksi, pembelajaran dan tingkah laku.
Kajian kelima dilaksanakan oleh Singh (2009) melibatkan temu bual terhadap 18 orang pengetua sekolah di Malaysia yang merupakan bekas graduan NPQH. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan NPQH adalah relevan dan membantu tugas mereka sebagai  pemimpin di sekolah. Dalam hal ini, keyakinan diri meningkat, peningkatan dalam pengetahuan teori dan program distrukturkan dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa program NPQH terlalu menekankan aspek teori, kurangnya sesi amali, sebahagian pensyarah kurang pengalaman dan kemahiran, subjek yang kurang mendalam, kurang perkongsian pengalaman, dasar perlantikan pemimpin tidak jelas dan tiada tindakan susulan terhadap mereka selepas tamatnya latihan.
Kajian keenam dilaksanakan oleh Kamaruzaman et al. (2010) memfokuskan reaksi bekas peserta NPQEL terhadap enam aspek iaitu kemudahan fizikal, bahan pelajaran, penyampaian pensyarah, Program Praktikum, Program Sandaran dan kandungan kursus. Analisis kajian dilaksanakan terhadap 74  orang bekas peserta NPQEL bagi ambilan pertama yang telah menamatkan pengajian pada bulan Jun 2009. Dapatan kajian menunjukkan reaksi peserta adalah pada tahap sangat tinggi bagi dua aspek iaitu Program Sandaran dan kandungan kursus. Sementara aspek kemudahan fizikal,  bahan pelajaran, penyampaian pensyarah dan Program Praktikum pula berada pada tahap tinggi.

Kajian ketujuh dilaksanakan oleh Wan Zawawi et al. (2011) terhadap peserta dalam usaha meninjau dan memahami perubahan kepimpinan mereka sebelum dengan selepas mengikuti Program Latihan NPQH. Kajian ini melibatkan temu bual terhadap 13 orang graduan NPQH yang telah menjadi pemimpin sekolah. Dapatan kajian menunjukkan graduan NPQH mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, mengalami perubahan sikap yang positif, bertambah yakin serta lebih bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin.

Kajian kelapan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, IAB bagi Ambilan 1 Tahun 2012. Kajian ini dilaksanakan bermula daripada bulan Jun 2011 sehingga Julai 2012. Dapatan kajian bagi 63 orang peserta menunjukkan bahawa kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.


Objektif Program Latihan NPQEL

Program Latihan  NPQEL ini mempunyai empat objektif (IAB 2012) iaitu:

1.    Menyedari keupayaan diri dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan untuk dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah;
2.    Mempamerkan amalan pengurusan dan kepimpinan berkesan di sekolah berpandukan latihan dan pengalaman yang diperolehi.
3.    Mengamalkan konsep ciri-ciri sekolah berkesan dan sifat kepimpinan yang teruji dalam sembilan bidang yang ditetapkan di samping meningkatkan keterampilan kendiri.
4.     Mempamerkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan yang baik dengan berlatarbelakangkan konteks amalan tersebut.



Tujuan KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk menilai keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) daripada aspek reaksi peserta bagi ambilan kedua tahun 2012. Mereka telah memulakan pengajian pada bulan Julai 2012 dan menamatkan pengajian pada bulan Disember tahun 2012. Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah reaksi peserta terhadap lapan aspek iaitu (1) Akses internet, (2) Bahan pelajaran bagi sesi bersemuka, (3) Bahan pelajaran bagi sesi e-learning, (4) Aktiviti e-learning, (5) Penyampaian pensyarah, (6) Program Penandaarasan, (7) Program Sandaran, (8) Kandungan kursus,  (9) Pentaksiran sebelum kursus dan (10) Pentaksiran selepas kursus.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:
  1. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap akses internet bagi Program Latihan NPQEL.
  2. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi bersemuka,bagi Program Latihan NPQEL.
  3. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi e-learning bagi Program Latihan NPQEL.
  4. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap aktiviti e-learning bagi Program Latihan NPQEL..
  5. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap penyampaian pensyarah bagi Program Latihan NPQEL.
  6. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Penandaarasan bagi Program Latihan NPQEL.
  7. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Sandaran bagi Program Latihan NPQEL.
  8. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap kandungan kursus bagi Program Latihan NPQEL.
  9. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran sebelum diterima masuk bagi Program Latihan NPQEL.
  10. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran selepas tamatnya Program Latihan NPQEL.


PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan kajian ini adalah:
  1. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap akses internet bagi Program Latihan NPQEL?
  2. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi bersemuka,bagi Program Latihan NPQEL?
  3. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi e-learning bagi Program Latihan NPQEL?
  4. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap aktiviti e-learning bagi Program Latihan NPQEL?
  5. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap penyampaian pensyarah bagi Program Latihan NPQEL?
  6. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Penandaarasan bagi Program Latihan NPQEL?
  7. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Sandaran bagi Program Latihan NPQEL?
  8. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap kandungan kursus bagi Program Latihan NPQEL?
  9. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran sebelum diterima masuk bagi Program Latihan NPQEL?
  10. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran selepas tamatnya Program Latihan NPQEL?




METODOLOGI

Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik yang mengandungi 110 item respons tertutup. Menurut Mohamad Najib (1999), penggunaan soal selidik  merupakan salah satu kaedah yang paling popular di kalangan pengkaji-pengkaji kerana mudah ditadbir dengan baik. Di samping itu, data juga senang diproses dan dianalisis. Oppenheim (1966) pula mengatakan bahawa soal selidik sering digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan persepsi dan pandangan, sikap dan keterangan latar belakang responden. Item-item dalam soal selidik ini merupakan item respons tertutup dengan Skala Likert lima pemeringkatan.

Soal selidik ini telah disemak oleh 10 orang pensyarah IAB dan semua penambahbaikan telah dibuat berdasarkan komen dan saranan yang diterima oleh pengkaji. Perkara ini dilaksanakan pada bulan Jun 2011. Selepas itu kajian rintis dilaksanakan pada awal November 2011 terhadap 43 orang responden dan nilai bagi Cronbach Alfa telah didapatkan.

Selepas penambahbaikan terhadap kajian rintis dilaksanakan, soal selidik telah  ditadbirkan kepada 74 orang responden (populasi) pada bulan November  dan Disember 2011. Frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis setiap aspek yang dikaji. Interpretasi skor min seperti Jadual 2 di bawah ini telah digunakan untuk menentukan tahap reaksi peserta.

Jadual 2: Skor Min dan Interpretasinya (Tahap)

Skor Min
Interpretasi (tahap)
1.0 – 1.8
Sangat rendah
1.9 – 2.6
Rendah
2.7 – 3.4
Sederhana
3.5 – 4.2
Tinggi
4.3 – 5.0
Sangat tinggi
Sumber: BPPDP (2006): 29


Dapatan Kajian

Bahagian A: Maklumat Demografi

Pengkaji telah berjaya mendapatkan respons yang berjumlah seramai 109 orang daripada 121 orang peserta NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012.  Jumlah 109 orang membawa peratusan sebanyak 90.1 daripada keseluruhan responden yang ada. Jadual 3 di bawah ini menunjukkan maklumat demografi yang dimaksudkan.


Jadual 3: Maklumat demografi responden kajian

Latar belakang
Responden
Frekuensi
Peratusan
Jantina
Lelaki
66
60.6

Perempuan
43
39.4




Gred Jawatan
DGA 32
33
30.3

DGA 34
2
1.8

DG 41
18
16.5

DG 44
15
13.8

DG 48
42
37.6




Jawatan Disandang
Guru Penolong
10
9.2

Ketua Panitia
8
7.3

Ketua Bidang
5
4.6

GPK Petang
3
2.8

GPK Kokurikulum
18
16.5

GPK Hal-ehwal Murid
18
16.5

GPK Pentadbiran
25
22.9

Pegawai di PPD
6
5.5

Pegawai di JPN
4
3.7

Pegawai di KPM
5
4.6

Pegawai di IPG
2
1.8

Pegawai di Kolej Matrikulasi
1
0.9

Lain-lain
4
3.7


Bagi reaksi melibatkan internet, dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Min dan sisihan piawai bagi isu-isu berkaitan internet

Isu-isu berkaitan internet
Min
Sisihan Piawai
Kemahiran mengakses internet
3.90
0.76
Kekerapan menggunakan internet
3.87
0.81
Minat menggunakan internet
4.11
0.69
Kemudahan akses internet di sekolah
3.59
0.99
Kepantasan akses internet di sekolah
3.33
1.01
Kemudahan akses internet di rumah
4.13
0.89
Kepantasan akses internet di rumah
3.96
0.96
Jumlah masa (jam) menggunakan internet dalam sehari
2.99
1.9

Bahagian B1: Reaksi Responden

Maklumat yang akan dipaparkan di bawah ini  (Jadual 5 – 14) adalah berkaitan dengan persepsi peserta NPQEL berdasarkan item soal-selidik yang dikemukakan oleh pengkaji. Item-item ini memfokuskan sepuluh aspek iaitu (1) Akses internet, (2) Bahan pelajaran sesi bersemuka, (3) Bahan pelajaran sesi e-pembelajaran (e-learning), (4) Aktiviti e-pembelajaran (e-learning), (5) Penyampaian pensyarah, (6) Program Penandaarasan, (7) Program Sandaran, (8) Kandungan kursus, (9) Pentaksiran sebelum kursus dan (10) Pentaksiran selepas kursus.




(1) Akses internet

Jadual 5: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Akses Internet

Konstruk akses internet
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Kemudahan akses internet di IAB
3.28
0.88
Sederhana
Kepantasan akses internet di bilik kuliah IAB
3.43
0.91
Sederhana
Kepantasan akses internet di asrama IAB
2.25
1.06
Rendah
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Akses Internet
2.98
0.79
Sederhana


(2) Bahan pelajaran bagi sesi bersemuka

Jadual 6: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Bahan Pelajaran bagi Sesi Bersemuka

Konstruk bahan pelajaran bagi sesi bersemuka

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah menarik
4.09
0.50
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah mencukupi
4.00
0.65
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah  bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.21
0.63
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah  membantu memahami tajuk yang diajar
4.26
0.58
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah membantu mencapai objektif pengajaran
4.25
0.56
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah menarik
4.09
0.57
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
4.13
0.65
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda  adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.28
0.61
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.22
0.58
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.18
0.63
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.39
0.58
Sangat Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.18
0.63
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Bahan Pelajaran Sesi Bersemuka
4.19
0.46
Tinggi


(3) Bahan pembelajaran bagi sesi e-pembelajaran (e-learning)

Jadual 7: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Bahan Pembelajaran bagi Sesi e-Pembelajaran (e-learning)

Konstruk bahan pelajaran bagi sesi e-pembelajaran (e-learning)
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda  adalah menarik
3.94
0.65
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
4.06
0.75
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.24
0.62
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.21
0.63
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.20
0.66
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.23
0.62
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.14
0.60
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Bahan Pelajaran Sesi e-pembelajaran (e-learning)
4.15
0.53
Tinggi


(4) Aktiviti e-pembelajaran

Jadual 8: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Aktiviti Sesi e-Pembelajaran (e-learning)

Konstruk aktiviti sesi e-pembelajaran (e-learning)
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda  adalah menarik
3.98
0.65
Sangat Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
4.11
0.67
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.20
0.56
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.22
0.57
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.20
0.57
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.24
0.65
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.13
0.61
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk aktiviti e-pembelajaran
4.15
0.53
Tinggi


(5) Penyampaian pensyarah

Jadual 9: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Penyampaian Pensyarah

Konstruk Penyampaian Pensyarah

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Pensyarah menerangkan sesuatu konsep dengan jelas
4.26
0.52
Tinggi
Pensyarah menyediakan nota pengajaran yang bermutu
4.19
0.69
Tinggi
Pensyarah menggunakan aras bahasa yang mudah difahami
4.40
0.55
Sangat Tinggi
Pensyarah menggunakan bahan pengajaran dengan baik
4.28
0.53
Tinggi
Pensyarah memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan peserta
4.20
0.68
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam bidang pengurusan sekolah
4.09
0.71
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam bidang kepimpinan sekolah
4.18
0.72
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk melatih bakal-bakal pengurus sekolah
4.17
0.66
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Penyampaian Pensyarah
4.22
0.53
Tinggi


(6) Program Penandaarasan

Jadual 10: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Program Penandarasan


Konstruk Program Penandarasan selama dua minggu di sekolah
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Tempoh masa selama dua minggu adalah sesuai
3.74
1.00
Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah mencukupi
4.01
0.78
Tinggi
Objektif-objektif yang ditetapkan tercapai
4.21
0.65
Tinggi
Kerjasama yang diberikan guru besar atau pengetua mencukupi
4.38
0.66
Sangat Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua mencukupi
4.06
0.85
Tinggi
Relevan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.32
0.71
Sangat Tinggi
Keyakinan anda untuk menjalankan tugas sebagai guru besar atau pengetua meningkat
4.40
0.63
Sangat Tinggi
Sekolah yang dipilih adalah sesuai bagi Program Penandarasan
4.40
0.63
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Program Penandaarasan
4.19
0.51
Tinggi


(7) Program Sandaran

Jadual 11: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Program Sandaran selama lapan minggu di sekolah

Konstruk Program Sandaran selama lapan minggu di sekolah

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Tempoh masa selama dua bulan adalah sesuai
4.04
0.92
Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah mencukupi
4.12
0.80
Tinggi
Objektif-objektif yang ditetapkan tercapai
4.21
0.71
Tinggi
Bilangan projek yang dilaksanakan adalah sesuai
4.35
0.64
Sangat Tinggi
Kerjasama yang diberikan guru besar atau pengetua mencukupi
4.24
0.85
Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua mencukupi
3.97
0.95
Tinggi
Relevan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.34
0.66
Sangat Tinggi
Keyakinan anda untuk menjalankan tugas sebagai guru besar atau pengetua meningkat
4.39
0.67
Sangat Tinggi
Meningkatkan kemampuan memindahkan pengetahuan dan kemahiran dalam teori kepada bentuk amali
4.43
0.61
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Program Sandaran
4.23
0.60
Tinggi


(8) (i) Kandungan umum kursus

Jadual 12: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Kandungan Umum

Konstruk Kandungan Umum
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Kandungan kursus disusun berdasarkan turutan
4.10
0.76
Tinggi
Jadual waktu diikuti dengan baik oleh pensyarah
4.33
0.67
Sangat Tinggi
Tempoh masa bagi setiap modul pembelajaran adalah mencukupi
3.63
0.98
Tinggi
Jadual waktu bagi setiap fasa tidak membebankan anda
3.94
0.77
Tinggi
Modul-modul yang dipelajari sesuai dengan objektif kursus
4.30
0.59
Sangat Tinggi
Masa yang diperuntukkan bagi setiap submodul adalah sesuai
3.76
0.91
Tinggi
Kandungan keseluruhan kursus seimbang daripada segi teori dan praktikal
4.05
0.69
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Kandungan Umum
4.02
0.58
Tinggi


(8) (ii) Kandungan spesifik kursus

Nilai skor min, sisihan piawai dan tahap bagi Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri juga telah diteliti (sila lihat Lampiran A).  Secara keseluruhannya, peserta NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012 berpendapat bahawa kandungan spesifik kursus adalah sangat relevan (nilai min di antara 4.37 hingga 4.64). Nilai sisihan piawai yang kecil (di antara 0.50 hingga 0.87) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang kecil dalam kalangan peserta terhadap konstruk kandungan spesifik kursus ini.


(9) Pentaksiran sebelum kursus

Jadual 13: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Sesi Pentaksiran Sebelum Diterima Masuk Ke Program NPQEL

Konstruk Sesi Pentaksiran Sebelum Diterima Masuk Ke Program NPQEL
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Taklimat yang diberikan sebelum sesi taksiran adalah mencukupi
4.28
0.61
Tinggi
Jangkamasa yang diperuntukkan semasa temu duga adalah mencukupi
4.39
0.65
Sangat Tinggi
Bilangan panel penemu duga adalah bersesuaian
4.45
0.55
Sangat Tinggi
Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temu duga adalah relevan
4.42
0.60
Sangat Tinggi
Instrumen (soal selidik) Bahasa Inggeris yang digunakan semasa taksiran adalah sesuai
3.83
0.99
Tinggi
Jangkamasa untuk menjawab instrumen adalah mencukupi
4.02
0.93
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk sesi pentaksiran sebelum kursus
4.23
0.55
Tinggi


 
(10) Pentaksiran selepas kursus

Jadual 14: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Sesi Pentaksiran pada minggu terakhir Program NPQEL

Konstruk Sesi Pentaksiran pada minggu terakhir Program NPQEL

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Taklimat yang diberikan sebelum sesi taksiran adalah mencukupi
4.36
0.67
Sangat Tinggi
Instrumen (soal selidik) yang digunakan semasa taksiran adalah sesuai
4.38
0.60
Sangat Tinggi
Jangkamasa untuk menjawab instrumen adalah mencukupi
4.36
0.65
Sangat Tinggi
Jangkamasa yang diperuntukkan semasa temu duga adalah mencukupi
4.41
0.64
Sangat Tinggi
Bilangan panel penemu duga adalah bersesuaian
4.52
0.54
Sangat Tinggi
Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temu duga adalah relevan
4.55
0.54
Sangat Tinggi
Kandungan input semasa sesi pentaksiran kecergasan adalah sesuai
4.53
0.55
Sangat Tinggi
Aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pentaksiran kecergasan adalah sesuai
4.50
0.57
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Sesi Pentaksiran Selepas Kursus
4.45
0.50
Sangat Tinggi



Perbincangan

Daripada dapatan kajian ini, kita dapat melihat bahawa kandungan spesifik Program NPQEL mendapat ‘ranking’ yang sangat tinggi daripada peserta. Mereka berpendapat bahawa kandungan spesifik kursus yang terdiri daripada tujuh modul adalah sangat relevan kepada realiti tugas-tugas mereka sebagai pengurus dan pentadbir sekolah (Sila lihat Jadual 15). Jika ditinjau lebih lanjut, Modul 6 iaitu Modul Keberkesanan Kendiri mempunyai skor min paling tinggi iaitu 4.62, diikuti oleh Modul 3 (skor min = 4.61), Modul 1 (skor min = 4.60), Modul 2 (skor min = 4.58), Modul 5 (skor min = 4.57), Modul Asas (skor min = 4.51) dan  Modul 4 (skor min = 4.47).
Jadual 15: Skor min. Sisihan piawai dan tahap bagi konstruk kajian



Amb. 1 2011
Bil
Konstruk Kajian

Skor
Min
Sisihan Piawai
Tahap
1
Akses internet
2.98
0.79
Sederhana
2
Bahan pelajaran sesi bersemuka
4.19
0.46
Tinggi
3
Bahan pelajaran sesi e-pembelajaran
4.15
0.53
Tinggi
4
Aktiviti e-pembelajaran
4.15
0.53
Tinggi
5
Penyampaian pensyarah
4.22
0.53
Tinggi
6
Program Penandaarasan
4.19
0.51
Tinggi
7
Program Sandaran
4.23
0.60
Tinggi
8 (i)
Kandungan umum
4.02
0.58
Tinggi
8 (ii)
Kandungan spesifik kursus




Modul Asas
4.51
0.54
Sangat Tinggi

Modul 1
4.60
0.52
Sangat Tinggi

Modul 2
4.58
0.54
Sangat Tinggi

Modul 3
4.61
0.51
Sangat Tinggi

Modul 4
4.47
0.65
Sangat Tinggi

Modul 5
4.57
0.53
Sangat Tinggi

Modul 6
4.62
0.48
Sangat Tinggi
9
Sesi pentaksiran sebelum kursus
4.23
0.55
Tinggi
10
Sesi pentaksiran selepas kursus
4.45
0.50
Sangat Tinggi









Sesi pentaksiran selepas kursus juga mendapat reaksi yang sangat memuaskan daripada peserta. Hal ini mungkin disebabkan tiada unsur peperiksaan menyebabkan persepsi peserta sangat baik, di samping jadual waktu yang tidak padat dengan kuliah dan tiadanya tugasan kursus. Dalam sesi pentaksiran ini, peserta hanya terlibat dengan taklimat, penghantaran tugasan, sesi temu duga secara giliran dan pentaksiran kecergasan diri masing-masing.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan umum kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi atau memuaskan. Dengan kata lain, tahap semua perkara di atas adalah ‘baik’ daripada persepsi peserta NPQEL Ambilan 2 Tahun 2012. Implikasinya, semua perkara di atas perlu diteruskan dengan membuat penambahbaikan agar kualiti dapat ditingkatkan sehingga persepsi peserta berada pada tahap, sangat tinggi, sangat memuaskan atau sangat baik.

Dalam hal yang berkaitan, reaksi peserta terhadap akses internet memperlihatkan mereka berpendapat bahawa kemudahan akses di IAB, bilik kuliah atau asrama adalah pada tahap sederhana memuaskan. Di samping itu, nilai sisihan piawai yang besar (antara 0.88 hingga 1.06) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang besar, terhadap konstruk ini. Dengan kata lain, peserta NPQEL berpendapat bahawa kemudahan dan kepantasan internet masih belum memuaskan. Justeru itu, usaha peningkatan dan penambahbaikan terhadap akses internet ini perlu menjadi antara perkara utama oleh IAB. Dalam hal ini, selama enam minggu mereka terlibat dalam sesi bersemuka di IAB dan amat memerlukan perkhidmatan internet untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan Program NPQEL.


RUMUSAN

Daripada dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat tinggi atau sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi atau memuaskan. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.

Dapatan kajian ini juga telah memperlihatkan isu-isu yang perlu diteliti lebih mendalam oleh pihak IAB iaitu (1) Tempoh masa pelaksanaan Program Penandaarasan dan Program Sandaran, (2) Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah, (3) Tempoh masa setiap modul, (4) Jadual waktu setiap fasa dan (5)Peruntukan masa bagi setiap submodul.  Walaupun kelima-lima ini tidaklah begitu kritikal, namun usaha berterusan perlu dilaksanakan agar peserta dapat memberikan reaksi yang lebih baik. Kefahaman peserta yang lebih jelas terhadap isu-isu ini mungkin akan memperlihatkan reaksi yang lebih baik. Oleh itu, sesi penerangan lebih kemas dan teliti, mungkin dapat mengubah reaksi peserta menjadi lebih baik.

Peningkatan dan penambahbaikan terhadap akses internet perlu ditekankan oleh IAB kerana terdapat keperluan khusus seperti yang dikehendaki oleh peserta. Peralatan komunikasi yang melibatkan internet perlu ditambah di lokasi yang sesuai di IAB. Hal ini akan membolehkan IAB meningkatkan kemudahan akses internet. Secara tidak langsung, kepantasan internet dapat ditingkatkan untuk memenuhi keperluan peserta dalam melaksanakan pembelajaran secara e-learning.

Pihak IAB perlu meneruskan Program NPQEL ini kerana dapatan kajian dengan jelas menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap sembilan daripada sepuluh isu yang dikaji iaitu (1) Bahan pelajaran sesi bersemuka, (2) bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, (3) Aktiviti e-pembelajaran, (4) Penyampaian pensyarah, (5) Program Penandaarasan, (6) Program Sandaran, (7) Kandungan kursus, (8) Pentaksiran sebelum kursus dan (9) Pentaksiran selepas kursus. Dengan kata lain, Program NPQEL ini adalah berkesan dalam melatih bakal-bakal pengurus dan pemimpin sekolah di Malaysia.




CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan perkara-perkara berikut dalam usaha meningkatkan kualiti Program NPQEL pada masa-masa akan datang iaitu:

1.    IAB perlu membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dan perkembangan semasa. Hal ini penting dalam usaha melestarikan Program NPQEL ini agar apa yang disampaikan kepada peserta merupakan perkara yang terkini dan relevan dengan keadaan pendidikan semasa.
2.    Program peningkatan kemahiran konsultasi, membimbing dan memudah cara pensyarah IAB perlu diperbanyakkan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Hal ini dilihat sebagai usaha penting dalam memastikan tenaga penggerak Program NPQEL dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk membina insan terpenting di sekolah atau institusi pendidikan.
3.    Peningkatan dan penambahbaikan akses internet di IAB perlu diberi keutamaan. Perkara ini disebabkan oleh akses internet ini merupakan tulang belakang bagi pembelajaran secara e-learning dan menjadi perkara yang amat diperlukan oleh peserta semasa mereka berada di IAB.


 





Rujukan

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship training programme for aspiring primary school headteachers. Disertasi Doktor Falsafah, University of Bristol.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2006. Laporan kajian penilaian graduan NPQEL. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bolam, R. 1999. Understanding leadership: developing headteachers. Dlm. Bush, T., Bell, S., Bolam, R., Glatter, R. & Ribbins, P. (pnyt.). Educational Management: redefining theory, policy and practice, hlmn. 77 - 89. London: Paul Chapman.

Bush, T. & Jackson, D. 2002. A preparation of school leadership: international perspectives. Education Management and Administration 30(4):417-429.

Council of Chief State School Officers (CCSSO). 1996. Interstate school leaders licensure consortium: standards for school leaders. Washington: CCSSO.

Guskey, T. R. 2002. Evaluating professional development. California: Corwin Press, Inc.

Kamaruzaman Moidunny, Akma Abdul Hamid & Nor Asmah Othman. 2010. Keberkesanan program kelayakan pemimpin pendidikan kebangsaan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Kamaruzaman Moidunny. 2009. Keberkesanan program kelayakan profesional kepengetuaan kebangsaan (NPQEL). Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran.
Male, T. 2001. Is the national professional qualification for headship making a difference? School Leadership and Management, 21(4), 463-477.

Menter, I., Holligan, C. & Mthenjwa, V. 2005. Reaching the parts that need to be reached? the impact of the Scottish qualification for Headship. School Leadership and Management, 25(1), 7-23.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nur Anuar Abdul Muthalib, Faridah Abu Hassan, Rohana Zulkifli, Md. Monoto Kosnan & Nur Fakhriyyah El-Emin Muhardi. 2006. Kajian penilaian graduan NPQH. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-13. Anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM. Genting Highlands, 4-8 Disember.

Oppenheim, A. N. 1996. Questionnaire design and attitude measurement. London: Heinemann.

Ribbins, P. 1999. Educational administration, leadership and management: towards a research agenda.  Dlm.  T. Bush, L. Bell, R. Bolam, R. Glatter, and P. Ribbins (pnyt). Educational Management: Redefining Theory, Policy and Practice. hlmn. 77-89. London: Paul Chapman Publishing.

Rohaya Hassan, Rosnarizah Abdul Halim & Sharifah Sebra Jamila Syed Imam. 2006. Penilaian program latihan Institut Aminuddin Baki: satu tinjauan terhadap program NPQH kohort 9/2005. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-13. Anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM. Genting Highlands, 4-8 Disember.

Singh, G.B.S. 2009. The national professional qualification for headship (NPQH) programme for secondary school headteachers in Malaysia: an avaluative case study. Disertasi Ijazah Kedoktoran: University of Birmingham.

Teacher Training Agency (TTA). 1998. National standards for headteachers. London: Teacher Training Agency.

Urus Setia NPQEL. 2011. Jumlah peserta NPQH/NPQEL mengikut tahun dan ambilan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Wan Zawawi Wan Ismail et al. 2011. Leadership transition pre to post NPQH: a qualitative analysis. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki






 
Lampiran A
Nilai Skor Min, Sisihan Piawai dan Tahap bagi Kerelevanan Kandungan Kursus kepada Realiti Tugas-tugas sebagai Pengurus dan Pentadbir di Sekolah


Jadual 15: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Asas
Item
Konstruk Modul Asas
Skor
Min
S.p.
Tahap
62
A1: Pengurusan Pendidikan
4.56
0.55
Sangat Tinggi
63
A2: Kepimpinan Pendidikan
4.59
0.55
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul Asas
4.51
0.54
Sangat Tinggi




Jadual 16: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Dasar dan Hala Tuju
Item
Konstruk Modul 1: Dasar dan Hala Tuju
Skor
Min
S.p.
Tahap
64
1.1 Berfikiran Strategik
4.60
0.55
Sangat Tinggi
65
1.2 Membina Visi Sekolah
4.63
0.54
Sangat Tinggi
66
1.3 Berfokuskan Kualiti
4.60
0.56
Sangat Tinggi
67
1.4 Proaktif
4.58
0.57
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul 1: Dasar dan Hala Tuju
4.60
0.52
Sangat Tinggi



 

Jadual 17: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Instruksional dan Pencapaian

Item
Konstruk Modul 2: Instruksional dan Pencapaian
Skor
Min
S.p.
Tahap
68
2.1 Menetapkan Matlamat
4.61
0.56
Sangat Tinggi
69
2.2 Pembangunan Instruksional
4.61
0.56
Sangat Tinggi
70
2.3 Penilaian Pembelajaran
4.62
0.57
Sangat Tinggi
71
2.4 Penyeliaan
4.61
0.58
Sangat Tinggi
72
2.5 Pengurusan Kokurikulum
4.50
0.62
Sangat Tinggi
73
2.6 Pengurusan HEM
4.53
0.62
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul 2: Instruksional dan Pencapaian
4.58
0.54
Sangat Tinggi


Jadual 18: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Mengurus Perubahan dan Inovasi

Item
Konstruk Modul 3: Mengurus Perubahan dan Inovasi
Skor
Min
S.p.
Tahap
74
3.1 Menyelesaikan Masalah
4.57
0.55
Sangat Tinggi
75
3.2 Membuat Keputusan
4.58
0.53
Sangat Tinggi
76
3.3 Mengurus Perubahan
4.63
0.54
Sangat Tinggi
77
3.4 membuat Penambahbaikan Sekolah
4.64
0.52
Sangat Tinggi
78
3.5 Kreativiti dan Inovasi
4.61
0.56
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul 3: Mengurus Perubahan dan Inovasi
4.61
0.51
Sangat Tinggi


 

Jadual 19: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Sumber dan Operasi

Item
Konstruk Modul 4: Sumber dan Operasi
Skor
Min
S.p.
Tahap
79
4.1 Pengurusan Kewangan
4.37
0.87
Sangat Tinggi
80
4.2 Pengurusan Pejabat
4.44
0.73
Sangat Tinggi
81
4.3 Pembangunan Fizikal dan Aset
4.46
0.71
Sangat Tinggi
82
4.4 Pengurusan ICT
4.39
0.76
Sangat Tinggi
83
4.5 Pengurusan Prestasi
4.54
0.69
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul 4: Sumber dan Operasi
4.47
0.65
Sangat Tinggi



Jadual 20: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Hubungan Sesama Manusia

Item
Konstruk Modul 5: Hubungan Sesama Manusia
Skor
Min
S.p.
Tahap
84
5.1.1 Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah
4.51
0.60
Sangat Tinggi
85
5.1.2 Professional Learning Community
4.47
0.62
Sangat Tinggi
86
5.2 Komunikasi
4.61
0.56
Sangat Tinggi
87
5.3 Menjalinkan Hubungan dengan Pihak Luar
4.60
0.58
Sangat Tinggi
88
5.4 Kerja Sepasukan
4.61
0.56
Sangat Tinggi
89
5.5 Protokol dan Etiket
4.59
0.60
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk Modul 5: Hubungan Sesama Manusia
4.57
0.53
Sangat Tinggi



Jadual 21: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Modul Hubungan Sesama Manusia
Item
Konstruk Modul 6: Keberkesanan Kendiri
Skor
Min
S.p.
Tahap
90
6.1 Kesedaran Kendiri
4.61
0.51
Sangat Tinggi
91
6.2 Kesedaran Sosial
4.61
0.51
Sangat Tinggi
92
6.3 Pengurusan Kendiri
4.64
0.50
Sangat Tinggi
93
6.4 Pengurusan Sosial
4.63
0.50
Sangat Tinggi
94
6.4.1 Mengenal Hakikat Insan : Hubungan Dengan Tuhan, Diri, Sesama Insan Dan Alam
4.64
0.50
Sangat Tinggi
95
6.4.2 Diri Dan Keilmuan
4.62
0.51
Sangat Tinggi
96
6.4.3 Pengurusan Dan Kepimpinan Menurut Perspektif Islam
4.61
0.55
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap Konstruk  Modul 6: Keberkesanan Kendiri
4.62
0.48
Sangat Tinggi





Lampiran B
 




Jadual 22: Nilai Cronbach Alfa bagi kajian rintis




Bil
Konstruk Kajian

Cronbach Alfa
1
Akses internet
0.72

2
Bahan pelajaran sesi bersemuka
0.90

3
Bahan pelajaran sesi e-pembelajaran
0.80

4
Aktiviti e-pembelajaran
0.88

5
Penyampaian pensyarah
0.85

6
Program Penandaarasan
0.77

7
Program Sandaran
0.77

8 (i)
Kandungan umum
0.83

8 (ii)
Kandungan spesifik kursus
0.91 – 0.96

9
Sesi pentaksiran sebelum kursus

0.66

10
Sesi pentaksiran selepas kursus
0.89








2 comments:

  1. boleh saya nak minta jurnal ni untuk assignment saya.... saya perlu cari 8 jurnal.

    ReplyDelete