Saturday, 19 January 2013

Artikel 13 NPQEL AMBILAN 1 TAHUN 2012 - KAJIAN KEBERKESANAN



Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Ambilan 1 Tahun 2012

ARTIKEL INI GAGAL SAYA MUAT NAIK. JIKA ANDA INGIN MENDAPATKAN LAPORAN PENUH, SILA HUBUNGI SAYA.


Disediakan oleh:

Dr. Kamaruzaman Moidunny
Dr. Shariffah Sebran Jamila Syed Imam
Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh
En. Edaris Abbu Bakri
YM Raja Rafidah Hanim Raja Abdul Aziz
Pn. Salina Hanum Osman Mohamed
Pn. Sathiyabama Suprammaniam
En. Lee Ah Kit
En. Muhammad Lukman Ismail
En. Adi Hassim
Pn. Asiah Yacob Khan




Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan
Institut Aminuddin Baki, KPM






Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program latihan ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  melalui Institut Aminuddin Baki yang memakan masa selama lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2012 seramai 125 orang terhadap sepuluh aspek iaitu akses internet, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus, pentaksiran sebelum kursus dan pentaksiran selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item yang berkait dengan kemudahan dan kepantasan internet di IAB dan juga di rumah. Bahan pelajaran pula terdiri daripada  dua komponen iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada tujuh modul NPQEL iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 113 orang peserta menunjukkan bahawa bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan spesifik kursus, pentaksiran sebelum kursus mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, aktiviti e-pembelajaran, kandungan umum, dan pentaksiran selepas kursus adalah pada tahap tinggi. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.

No comments:

Post a Comment