Saturday, 19 January 2013

ARTIKEL 10 UJIAN-PRA DAN UJIAN POS NPQEL AMBILAN 1 TAHUN 2012





Ujian-pra dan Ujian-pos aspek Pengetahuan dan Kefahaman serta Kemahiran  Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan bagi Program NPQEL Ambilan 1 Tahun 2012

MOHON MAAF KERANA LAPORAN PENUH GAGAL SAYA MUAT NAIK. JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENELITI LAPORAN INI, SILA HUBUNGI SAYA.


Disediakan oleh:

Dr. Kamaruzaman Moidunny
Dr. Shariffah Sebran Jamila Syed Imam
Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh
En. Edaris Abbu Bakri
YM Raja Rafidah Hanim Raja Abdul Aziz
Pn. Salina Hanum Osman Mohamed
Pn. Sathiyabama Suprammaniam
En. Lee Ah Kit
En. Muhammad Lukman Ismail
En. Adi Hassim
Pn. Asiah Yacob Khan




Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan
Institut Aminuddin Baki, KPM
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders, sebelum dengan selepas latihan dilaksanakan.. Program latihan ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  melalui Institut Aminuddin Baki yang memakan masa selama lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2012 seramai 125 orang terhadap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran sebelum dengan selepas mengikuti latihan bagi Modul Asas, Modul Dasar dan Hala Tuju, Modul Instruksional dan Pencapaian, Modul Mengurus Perubahan dan Inovasi, Modul Sumber dan Operasi, Modul Hubungan Sesama Manusia dan Modul Keberkesanan Kendiri. Data dikumpul melalui dua kaedah iaitu Kaedah 1 dan Kaedah 2. Kaedah 1 melibatkan pentadbiran instrumen pada waktu sebelum (Februari 2012) dan selepas latihan (Julai 2012). Manakala Kaedah 2 melibatkan pentadbiran instrumen selepas latihan - retrospective pre-test pada bulan Julai 2012 sahaja. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran yang diperoleh oleh peserta selepas mengikuti latihan NPQEL ini selama lima bulan. Perubahan tahap ini dapat dilihat dengan peningkatan daripada tahap sederhana (SD) sebelum latihan ke tahap sangat tinggi (ST) selepas latihan.

No comments:

Post a Comment