Sunday, 16 September 2012

Artikel 3: KAJIAN KBERKESANAN PROGRAM NPQEL MOD BARU 2011



   Artikel 3
 
Kajian Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Mod Baru 2011                                            


                                                         Dr. Kamaruzaman Moidunny
Dr. Shariffah Sebran Jamila Syed Imam
Dr. Gurcharan Singh Bishen Singh
En. Edaris Abbu Bakri
YM Raja Rafidah Hanim Raja Abdul Aziz
Pn. Salina Hanum Osman Mohamed
En. Lee Ah Kit
Pn. Sathiyabama Suprammaniam

 
Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan
Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan
Institut Aminuddin Baki, KPM


Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders). Program latihan ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  melalui Institut Aminuddin Baki yang memakan masa selama lima bulan. Kajian kuantitatif ini memfokuskan reaksi peserta ambilan pertama tahun 2011 bagi mod baru, seramai 117 orang terhadap sepuluh aspek iaitu akses internet, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus, pentaksiran sebelum kursus dan pentaksiran selepas kursus. Akses internet terdiri daripada item yang berkait dengan kemudahan dan kepantasan internet di IAB dan juga di rumah. Bahan pelajaran pula terdiri daripada  dua komponen iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Sementara kandungan kursus dibahagikan kepada tujuh modul NPQEL iaitu Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri. Dapatan kajian bagi 63 orang peserta menunjukkan bahawa kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.



Pendahuluan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) adalah satu program yang unik dan sangat penting di peringkat nasional untuk melatih bakal pengurus dan pemimpin sekolah. Dalam kalangan warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), program ini dikenali sebagai Program Latihan NPQEL yang mengambil singkatan daripada perkataan National Professional Qualification for Educational Leaders. Program Latihan NPQEL ini dimulakan pada tahun 1999 disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu:

  1. Perkembangan bidang pendidikan yang pesat di Malaysia dan seluruh dunia menyebabkan bakal pengurus dan pemimpin sekolah memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru. Kemahiran konsepsi dan kemahiran kraf perlu dikuasai oleh mereka untuk digunakan di sekolah (Guskey 2002).
  2. Selari dengan kehendak Laporan Jawatan Kuasa Kabinet pada tahun 1979 berhubung dengan latihan kepada pengurus dan pemimpin sekolah. Laporan ini mengesyorkan penubuhan sebuah institusi pelajaran tempatan yang akan menawarkan latihan bagi Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 1979).
  3. Pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan profesional untuk pengurus dan pemimpin sekolah yang diperoleh oleh pegawai tinggi KPM semasa mereka berkursus di luar negara. Pengaruh program latihan di Amerika Syarikat (Council of Chief State School Officer, CCSSO 1996) dan di Britain (Teacher Training Agency, TTA 1998) telah menjadi asas rujukan penghasilan modul latihan NPQEL di Malaysia (Abdul Aziz 2003).


Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)

Program Latihan NPQEL ini dimulakan pada tahun 1999 oleh KPM melalui pusat latihan KPM iaitu Institut Aminuddin Baki (IAB). IAB melaksanakan program latihan ini di dua lokasi yang berasingan iaitu di Genting Highlands, Pahang Darul Makmur dan di Jitra, Kedah Darul Aman. Pada awal pelaksanaan,  program ini dikenali sebagai NPQH yang mengambil sempena nama National Professional Qualification for Headship. Mulai ambilan tahun 2008, nama NPQH telah ditukar kepada NPQEL untuk membezakan tentang nilai tambah yang diperoleh peserta yang mengikuti program latihan ini. Peserta bagi ambilan 2008 dan seterusnya telah mendapat nilai tambah berkaitan pengiktirafan program ini yang menyamai taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Peserta yang selesai menjalani program latihan NPQEL dengan cemerlang akan diberikan nilai yang sama seperti nilai taraf peperiksaan PTK dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Langkah ini diperkenalkan oleh IAB dalam usaha menaikkan nilai program ini kerana apa yang dipelajari oleh peserta adalah merangkumi keseluruhan kandungan yang diuji dalam peperiksaan PTK.

Bermula pada tahun  1999 hingga 2010, sebanyak 14 kumpulan peserta telah diambil untuk mengikuti Program Latihan NPQEL ini, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Sejumlah 2008 orang peserta telah mengikuti program latihan ini. Daripada jumlah ini, 1084 orang guru Siswazah (Sekolah Menengah) dan 872 adalah guru Bukan Siswazah (Sekolah Rendah). Peserta ini adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iaitu pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. Secara umumnya peserta adalah pegawai yang sedang berkhidmat di sekolah,  Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti dan juga daripada Bahagian-bahagian dalam KPM.



Jadual 1: Jumlah Peserta NPQH/ NPQEL Mengikut Tahun dan Ambilan
Kohort
Tahun
Sek. Menengah
Sek. Rendah
Jumlah
Kohort 1
1999
216
43
259
Kohort 2
2000
0
243
243
Kohort 3
2000
130
0
130
Kohort 4
2001
67
58
125
Kohort 5
2001
36
0
36
Kohort 6
2002
58
26
84
Kohort 7
2003
50
0
50
Kohort 8
2004
67
130
197
Kohort 9
2005
40
132
172
Kohort 10
2006
96
76
172
Kohort 11
2007
78
67
145
NPQEL Kohort 1
2008
83
58
141
NPQEL Kohort 2
2009
112
22
134
NPQEL Kohort 3
2010
51
17
68
NPQEL Ambilan 1
2011**
69
48
117
Jumlah Besar

1153
920
2073

Sumber: Urus Setia NPQEL IAB (2011)
** Mod baru

Pada tahun 2011, pihak IAB telah mengemukakan syor bagi mengubah tempoh program NPQEL dan strukturnya.  Tempoh baru adalah selama 5 bulan dan mod pengajian diadakan secara bersemuka (face to face) dan e-learning. Permohonan IAB kepada JPA untuk mengubah program ini telah diterima dan diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 17 Mac 2011.


Program NPQEL kaedah baru (Rajah 1) bermula dengan Ambilan 1 yang memulakan pengajian pada bulan Ogos 2011.  Kaedah baru merangkumi pengajian secara bersemuka dan e-learning selama 5 bulan.  Tempoh bersemuka keseluruhan adalah selama 6 minggu manakala 14 minggu lagi dikendalikan secara e-learning.  Dalam tempoh 14 minggu secara e-learning itu juga terdapat dua lagi aktiviti penting iaitu program penandaarasan selama 2 minggu dan program sandaran selama 8 minggu.




Struktur program NPQEL tahun 2011 adalah seperti dalam Rajah 1 berikut:

FASA 1
FASA 2
PENILAIAN AKHIR
Bersemuka








3 minggu
di IAB

e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
 +
Penandaarasan
(2 minggu di sekolah terpilih)

+
e-learning
(2 minggu di sekolah sendiri)
Bersemuka

Peperiksaan Fasa 1 





2 minggu
di IAB

e-learning
+
Sandaran






8 minggu
di sekolah sendiri

Bersemuka
Peperiksaan Akhir
Serahan Portfolio
Ujian Kecergasan
Temuduga Panel Penilai




1 minggu
di IAB






Rajah 1: Struktur NPQEL Mod Baru

Fasa e-learning merangkumi pembelajaran dan aktiviti atas talian.  Selain daripada nota tambahan dan bahan-bahan bacaan lain seperti surat pekeliling, artikel ilmiah dan video, terdapat juga pelbagai aktiviti latihan dan penilaian seperti kuiz, uji minda, forum dan tugasan.

Peserta yang mengikuti program NPQEL kaedah baru ini tidak perlu melepaskan jawatan yang mereka sandang apabila mengikuti program ini.  Peserta dikehendaki mengikuti pengajian secara bersemuka di IAB dan kemudiannya kembali menjalankan tugas hakiki mereka di sekolah/organisasi. Oleh yang demikian, program NPQEL kini menggunakan pendekatan kursus dalam perkhidmatan seperti kursus CPD (Continuous Professional Development) yang lain.

Satu lagi perubahan yang dilakukan kepada program NPQEL adalah dari segi pertautan program ini dengan lanjutan pengajian oleh peserta seterusnya ke Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi ijazah pertama dan sarjana.  Mulai pengambilan Julai 2011, tidak ada lagi pertautan dengan lanjutan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya dan ini membolehkan penyertaan dalam program NPQEL tanpa sebarang syarat had umur.

Kajian Mengenai Program Latihan NPQH DAN NPQEL
Di luar negara, kajian terhadap Program Latihan NPQH di England yang dilaksanakan oleh Teacher Training Agency, TTA (1998) menunjukkan peserta berpuas hati terhadap program tersebut. Kajian oleh Bolam (1999) pula mendapati Program Latihan NPQH masih bersifat teoritikal dan tidak berkesan untuk meningkatkan kompetensi guru besar dan pengetua. Manakala kajian oleh Ribbins (1999) mendapati bahawa sebahagian peserta menyatakan Program Latihan NPQH gagal mencapai objektif pelaksanaannya. Kajian oleh Male (2001), menunjukkan peserta  Program Latihan NPQH berpendapat bahawa mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk menerajui pengurusan dan kepimpinan sekolah. Selanjutnya kajian telah dilaksanakan oleh Bush dan Jackson (2002) yang melibatkan pusat latihan kepengetuaan di Australia (2 buah), Kanada (2 buah), Hong Kong (3), New Zealand (2 buah), Singapura (sebuah), Sweden (sebuah) dan Amerika Syarikat (4 buah). Kajian ini mendapati bahawa terdapat trend yang sama bagi pusat latihan ini daripada segi pengiktirafan latihan, integrasi latihan, strategi pembelajaran, program pembangunan, guru besar atau pengetua sebagai jurulatih dan fasilitator, sekolah sebagai organisasi pembelajaran berasaskan teori dan kajian serta keperluan tajaan untuk kajian terhadap amalan terbaik. Sementara kajian Menter et al. (2005) menunjukkan terdapat impak positif terhadap aspek pembangunan profesional peserta dan pembangunan sekolah di Scotland. 
Di Malaysia, sehingga kini terdapat tujuh kajian yang dilakukan berkaitan program latihan NPQH atau NPQEL ini. Kajian pertama dilaksanakan oleh Abdul Aziz pada tahun 2003 yang meninjau aspek pengetahuan dan kemahiran, kecenderungan bertindak serta pencapaian pada masa sebelum dan selepas menghadiri program latihan tersebut. Soal selidik bagi kajian Abdul Aziz (2003) melibatkan 214 orang graduan Program Latihan NPQH dan 46 orang guru besar.  Manakala tiga orang pensyarah, sepuluh orang graduan dan 10 orang guru besar pula dilibatkan dalam sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan dan kemahiran, sebelum dan selepas menghadiri program latihan ini. Peningkatan ini adalah bagi aspek pembangunan dan pelaksanaan strategik, teori dan gaya kepimpinan, isu-isu perundangan sekolah serta pengurusan kewangan sekolah dan pentadbiran pejabat. Bagi aspek kecenderungan bertindak pula, terdapat peningkatan ketara bagi persepsi peserta dalam tiga perkara iaitu melibatkan semua warga sekolah dalam pembinaan visi, visi sekolah yang mempunyai standard pembelajaran yang tinggi dan penambahbaikan sekolah secara berterusan. Bagi aspek pencapaian pula, beliau mendapati tiga perkara yang menunjukkan peningkatan paling besar iaitu mengkomunikasikan visi dan misi kepada warga sekolah dan komuniti, menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai bagi situasi yang berbeza dan memaksimumkan sumbangan staf untuk menambah baik  kualiti pendidikan.
Kajian kedua dilaksanakan oleh BPPDP, KPM pada tahun 2006  (BPPDP 2006) dengan judul Kajian Penilaian Graduan NPQH. Kajian ini melibatkan 150 orang graduan NPQH yang dilantik ke jawatan pengurusan di sekolah, 115 orang graduan yang tidak dilantik ke jawatan pengurusan sekolah dan 599 orang pentadbir dan guru di sekolah graduan NPQH bertugas (Nur Anuar et al. 2006). Soal selidik dan temu bual dilaksanakan dalam kajian ini. Dapatan kajian BPPDP menunjukkan graduan Program Latihan NPQH telah menunjukkan  keupayaan yang tinggi dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran. Pentadbir dan guru pula memberikan penilaian yang sangat tinggi terhadap aspek kualiti peribadi dan aspek kualiti kepimpinan graduan NPQH. Aspek kualiti peribadi termasuklah menepati masa, fleksibiliti dalam tugas, menghargai sumbangan dan memberi pengiktirafan, kemahiran berkomunikasi, empati dan simpati, positif dan proaktif, perhubungan awam, berketrampilan sebagai pemimpin, berpengetahuan, kreativiti dan inovatif serta kestabilan jasmani, emosi dan rohani. Sementara aspek kualiti kepimpinan termasuklah kebolehan berkomunikasi dan menjaga keharmonian guru dan staf, kualiti diri, kebolehan mengurus hal-ehwal murid, kebolehan mentadbir dan mengurus kewangan sekolah, kebolehan melaksanakan kurikulum yang cekap dan berkesan, kebolehan melaksanakan kokurikulum yang cekap dan berkesan serta kebolehan dalam menjalin perhubungan awam. Dapatan kajian (Nur Anuar et al. 2006) juga menunjukkan tahap sokongan sumber dan sokongan moral daripada rakan sekerja, PPD dan JPN adalah sangat tinggi. Guru di sekolah juga mengiktiraf kelulusan yang dimiliki oleh graduan Program Latihan NPQH. Bagi graduan yang tidak dilantik ke jawatan GPK, mereka telah dapat memberi sumbangan dengan menggunakan pengetahuan dalam perancangan strategik dan pengurusan sekolah. Kajian ini boleh dianggap sebagai satu kajian yang baik kerana melibatkan responden yang ramai (1,400 orang) dan jangkauan lokasi yang besar, meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kajian ketiga dilaksanakan oleh Rohaya et al. (2006) melibatkan 202 orang responden Program Latihan NPQH yang baru selesai menjalani komponen teori selama enam bulan. Kajian ini menggunakan Borang Penilaian Pensyarah (BK-9) dan Borang Penilaian Program Latihan (BK-10).  Soal selidik dalam borang berkenaan  mengandungi item tertutup dan terbuka diedarkan selepas sahaja peserta menamatkan kursus. Dapatan kajian menunjukkan 76 peratus peserta berpendapat bahawa objektif-objektif program tercapai sepenuhnya, 72 peratus bersetuju bahawa program latihan amat banyak membantu mereka dalam menjalankan tugas rasmi, 98 peratus bersetuju bahawa kandungan kursus bersesuaian dengan objektif, tajuk, urutan tajuk dan kerja rasmi, 77.4 peratus peserta menyatakan tempoh program latihan adalah sesuai, 97.8 peratus berpuas hati dengan aspek pengajaran dan lebih 90 peratus menyatakan bahawa kualiti keseluruhan program adalah baik dan cemerlang.
Kajian keempat dilaksanakan oleh Kamaruzaman (2009) bertujuan untuk menilai keberkesanan NPQH berdasarkan tiga aras utama iaitu reaksi, pembelajaran dan tingkah laku. Seramai 271 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dengan menggunakan teknik bersampelan rawak berstrata. Secara keseluruhannya, reaksi peserta adalah memuaskan terhadap program latihan ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran, disebabkan oleh kehadiran peserta dalam program latihan. Dapatan kajian juga menunjukkan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan baik di tempat latihan. Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta menerima baik program latihan ini dan berpuas hati terhadap penilaian reaksi, pembelajaran dan tingkah laku.
Kajian kelima dilaksanakan oleh Singh (2009) melibatkan temu bual terhadap 18 orang pengetua sekolah di Malaysia yang merupakan bekas graduan NPQH. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan NPQH adalah relevan dan membantu tugas mereka sebagai  pemimpin di sekolah. Dalam hal ini, keyakinan diri meningkat, peningkatan dalam pengetahuan teori dan program distrukturkan dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa program NPQH terlalu menekankan aspek teori, kurangnya sesi amali, sebahagian pensyarah kurang pengalaman dan kemahiran, subjek yang kurang mendalam, kurang perkongsian pengalaman, dasar perlantikan pemimpin tidak jelas dan tiada tindakan susulan terhadap mereka selepas tamatnya latihan.
Kajian keenam dilaksanakan oleh Kamaruzaman et al. (2010) memfokuskan reaksi bekas peserta NPQEL terhadap enam aspek iaitu kemudahan fizikal, bahan pelajaran, penyampaian pensyarah, Program Praktikum, Program Sandaran dan kandungan kursus. Analisis kajian dilaksanakan terhadap 74  orang bekas peserta NPQEL bagi ambilan pertama yang telah menamatkan pengajian pada bulan Jun 2009. Dapatan kajian menunjukkan reaksi peserta adalah pada tahap sangat tinggi bagi dua aspek iaitu Program Sandaran dan kandungan kursus. Sementara aspek kemudahan fizikal,  bahan pelajaran, penyampaian pensyarah dan Program Praktikum pula berada pada tahap tinggi.

Kajian ketujuh dilaksanakan oleh Wan Zawawi et al. (2011) terhadap peserta dalam usaha meninjau dan memahami perubahan kepimpinan mereka sebelum dengan selepas mengikuti Program Latihan NPQH. Kajian ini melibatkan temu bual terhadap 13 orang graduan NPQH yang telah menjadi pemimpin sekolah. Dapatan kajian menunjukkan graduan NPQH mampu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari, mengalami perubahan sikap yang positif, bertambah yakin serta lebih bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin.

Tujuan

Tujuan kajian adalah untuk menilai keberkesanan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Mod Baru daripada aspek reaksi peserta bagi ambilan pertama iaitu ambilan tahun 2011. Mereka telah memulakan pengajian pada bulan Julai 2011 dan menamatkan pengajian pada bulan November tahun 2011. Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah reaksi peserta terhadap lapan aspek iaitu (1) Akses internet, (2) Bahan pelajaran bagi sesi bersemuka, (3) Bahan pelajaran bagi sesi e-learning, (4) Aktiviti e-learning, (5) Penyampaian pensyarah, (6) Program Penandaarasan, (7) Program Sandaran, (8) Kandungan kursus,  (9) Pentaksiran sebelum kursus dan (10) Pentaksiran selepas kursus.


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:
  1. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap akses internet bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  2. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi bersemuka,bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  3. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi e-learning bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  4. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap aktiviti e-learning bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  5. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap penyampaian pensyarah bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  6. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Penandaarasan bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  7. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Sandaran bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  8. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap kandungan kursus bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  9. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran sebelum diterima masuk bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.
  10. Menentukan sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran selepas tamatnya Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011.


PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan kajian ini adalah:
  1. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap akses internet bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  2. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi bersemuka,bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  3. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap bahan pelajaran bagi sesi e-learning bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  4. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap aktiviti e-learning bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  5. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap penyampaian pensyarah bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  6. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Penandaarasan bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  7. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap Program Sandaran bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  8. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap kandungan kursus bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  9. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran sebelum diterima masuk bagi Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?
  10. Sejauh manakah tahap reaksi peserta terhadap sesi pentaksiran selepas tamatnya Program Latihan NPQEL Mod Baru 2011?


KERANGKA KONSEPSUAL KAJIAN

Rajah 2 di bawah menunjukkan kerangka konsepsual bagi kajian ini.
Keberkesanan
·         Akses internet
·         Bahan pelajaran bagi sesi bersemuka
·         Bahan pelajaran bagi sesi e-learning
·         Aktiviti e-learning
·         Penyampaian pensyarah
·         Program Penandaarasan
·         Program Sandaran
·         Kandungan kursus
·         Pentaksiran sebelum kursus
·         Pentaksiran selepas kursus
·          
Penambahbaikan Program NPQEL
Demografi
Penilaian
 





















Rajah 2: Kerangka Konsepsual Kajian Keberkesanan NPQEL



METODOLOGI

Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik yang mengandungi 110 item respons tertutup. Menurut Mohamad Najib (1999), penggunaan soal selidik  merupakan salah satu kaedah yang paling popular di kalangan pengkaji-pengkaji kerana mudah ditadbir dengan baik. Di samping itu, data juga senang diproses dan dianalisis. Oppenheim (1966) pula mengatakan bahawa soal selidik sering digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan persepsi dan pandangan, sikap dan keterangan latar belakang responden. Item-item dalam soal selidik ini merupakan item respons tertutup dengan Skala Likert lima pemeringkatan.

Soal selidik ini telah disemak oleh 10 orang pensyarah IAB dan semua penambahbaikan telah dibuat berdasarkan komen dan saranan yang diterima oleh pengkaji. Perkara ini dilaksanakan pada bulan Jun 2011. Selepas itu kajian rintis dilaksanakan pada awal November 2011 terhadap 43 orang responden dan nilai bagi Cronbach Alfa telah didapatkan.

Selepas penambahbaikan terhadap kajian rintis dilaksanakan, soal selidik telah  ditadbirkan kepada 74 orang responden (populasi) pada bulan November  dan Disember 2011. Frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis setiap aspek yang dikaji. Interpretasi skor min seperti Jadual 2 di bawah ini telah digunakan untuk menentukan tahap reaksi peserta.

Jadual 2: Skor Min dan Interpretasinya (Tahap)

Skor Min
Interpretasi (tahap)
1.0 – 1.8
Sangat rendah
1.9 – 2.6
Rendah
2.7 – 3.4
Sederhana
3.5 – 4.2
Tinggi
4.3 – 5.0
Sangat tinggi
Sumber: BPPDP (2006): 29


Dapatan Kajian

Bahagian A: Maklumat Demografi

Pengkaji telah berjaya mendapatkan respons yang berjumlah seramai 63 orang daripada 74 orang peserta NPQEL Ambilan 1 Tahun 2011. Jumlah ini merupakan jumlah yang tidak terlibat dalam kajian rintis, iaitu seramai 43 orang.  Dengan kata lain, jumlah 63 orang membawa peratusan sebanyak 85.1 daripada keseluruhan responden yang ada. Jadual 3 di bawah ini menunjukkan maklumat demografi yang dimaksudkan.


Jadual 3: Maklumat demografi responden kajian

Latar belakang
Responden
Frekuensi
Peratusan
Jantina
Lelaki
35
55.6

Perempuan
28
44.4




Gred Jawatan
DGA 32
15
23.8

DG 41
3
4.8

DG 44
40
63.5

DG 48
5
7.9




Jawatan Disandang
Ketua Panitia
1
1.6

Ketua Bidang
4
6.3

GPK Kokurikulum
7
11.1

GPK Hal-ehwal Murid
20
31.7

GPK Pentadbiran
28
44.8

Pegawai di PPD
3
4.8


Bagi reaksi melibatkan internet, dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Min dan sisihan piawai bagi isu-isu berkaitan internet

Isu-isu berkaitan internet
Min
Sisihan Piawai
Kemahiran mengakses internet
3.6
0.99
Kekerapan menggunakan internet
4.2
0.85
Minat menggunakan internet
4.0
0.79
Kemudahan akses internet di sekolah
3.6
1.02
Kepantasan akses internet di sekolah
3.4
1.00
Kemudahan akses internet di rumah
4.1
0.95
Kepantasan akses internet di rumah
3.9
0.94
Jumlah masa (jam) menggunakan internet dalam sehari
2.8
1.75

Bahagian B1: Reaksi Responden

Maklumat yang akan dipaparkan di bawah ini  (Jadual 5 – 14) adalah berkaitan dengan persepsi peserta NPQEL berdasarkan item soal-selidik yang dikemukakan oleh pengkaji. Item-item ini memfokuskan sepuluh aspek iaitu (1) Akses internet, (2) Bahan pelajaran sesi bersemuka, (3) Bahan pelajaran sesi e-pembelajaran (e-learning), (4) Aktiviti e-pembelajaran (e-learning), (5) Penyampaian pensyarah, (6) Program Penandaarasan, (7) Program Sandaran, (8) Kandungan kursus, (9) Pentaksiran sebelum kursus dan (10) Pentaksiran selepas kursus.




(1) Akses internet

Jadual 5: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Akses Internet

Konstruk akses internet
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Kemudahan akses internet di IAB
3.2
0.96
Sederhana
Kepantasan akses internet di bilik kuliah IAB
3.6
1.04
Tinggi
Kepantasan akses internet di asrama IAB
2.2
1.02
Rendah
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Akses Internet
3.0
0.84
Sederhana


(2) Bahan pelajaran bagi sesi bersemuka

Jadual 6: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Bahan Pelajaran bagi Sesi Bersemuka

Konstruk bahan pelajaran bagi sesi bersemuka

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah menarik
3.9
0.69
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah mencukupi
4.0
0.62
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah  bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.1
0.47
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah  membantu memahami tajuk yang diajar
3.9
0.64
Tinggi
Bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah membantu mencapai objektif pengajaran
4.1
0.60
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah menarik
4.0
0.66
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
3.9
0.72
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda  adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.1
0.52
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.1
0.64
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.1
0.60
Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.3
0.59
Sangat Tinggi
Bahan pembelajaran yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.1
0.64
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Bahan Pelajaran Sesi Bersemuka
4.1
0.45
Tinggi


(3) Bahan pembelajaran bagi sesi e-pembelajaran (e-learning)

Jadual 7: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Bahan Pembelajaran bagi Sesi e-Pembelajaran (e-learning)

Konstruk bahan pelajaran bagi sesi e-pembelajaran (e-learning)
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda  adalah menarik
3.9
0.66
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
4.0
0.80
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.0
0.79
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.0
0.72
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.1
0.55
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.1
0.67
Tinggi
Bahan pembelajaran e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.0
0.67
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Bahan Pelajaran Sesi e-pembelajaran (e-learning)
4.0
0.57
Tinggi


(4) Aktiviti e-pembelajaran

Jadual 8: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Aktiviti Sesi e-Pembelajaran (e-learning)

Konstruk aktiviti sesi e-pembelajaran (e-learning)
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda  adalah menarik
3.7
0.80
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah mencukupi
3.9
0.87
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan tajuk yang diajar
4.0
0.63
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu memahami tajuk yang diajar
4.0
0.68
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda membantu mencapai objektif pengajaran
4.0
0.75
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah berkaitan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.0
0.73
Tinggi
Aktiviti e-learning yang dikemukakan kepada anda adalah bersesuaian dengan pengalaman anda
4.0
0.70
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk aktiviti e-pembelajaran
3.9
0.61
Tinggi


(5) Penyampaian pensyarah

Jadual 9: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Penyampaian Pensyarah

Konstruk Penyampaian Pensyarah

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Pensyarah menerangkan sesuatu konsep dengan jelas
3.9
0.68
Tinggi
Pensyarah menyediakan nota pengajaran yang bermutu
3.9
0.73
Tinggi
Pensyarah menggunakan aras bahasa yang mudah difahami
4.2
0.56
Tinggi
Pensyarah menggunakan bahan pengajaran dengan baik
4.1
0.63
Tinggi
Pensyarah memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan peserta
4.0
0.75
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam bidang pengurusan sekolah
3.9
0.84
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi dalam bidang kepimpinan sekolah
3.9
0.79
Tinggi
Pensyarah mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk melatih bakal-bakal pengurus sekolah
4.0
0.72
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Penyampaian Pensyarah
4.0
0.54
Tinggi


(6) Program Penandaarasan

Jadual 10: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Program Penandarasan


Konstruk Program Penandarasan selama dua minggu di sekolah
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Tempoh masa selama dua minggu adalah sesuai
3.8
1.13
Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah mencukupi
3.5
1.05
Tinggi
Objektif-objektif yang ditetapkan tercapai
4.1
0.64
Tinggi
Kerjasama yang diberikan guru besar atau pengetua mencukupi
4.3
0.72
Sangat Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua mencukupi
4.0
0.79
Tinggi
Relevan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.3
0.63
Sangat Tinggi
Keyakinan anda untuk menjalankan tugas sebagai guru besar atau pengetua meningkat
4.4
0.66
Sangat Tinggi
Sekolah yang dipilih adalah sesuai bagi Program Penandarasan
4.5
0.78
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Program Penandaarasan
4.1
0.54
Tinggi


(7) Program Sandaran

Jadual 11: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Program Sandaran selama lapan minggu di sekolah

Konstruk Program Sandaran selama lapan minggu di sekolah

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Tempoh masa selama dua bulan adalah sesuai
3.8
1.16
Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah mencukupi
3.6
1.02
Tinggi
Objektif-objektif yang ditetapkan tercapai
4.1
0.73
Tinggi
Bilangan projek yang dilaksanakan adalah sesuai
4.4
0.64
Sangat Tinggi
Kerjasama yang diberikan guru besar atau pengetua mencukupi
4.3
0.84
Sangat Tinggi
Bimbingan yang diberikan oleh guru besar atau pengetua mencukupi
4.0
0.92
Tinggi
Relevan dengan tugas sebagai guru besar atau pengetua
4.4
0.68
Sangat Tinggi
Keyakinan anda untuk menjalankan tugas sebagai guru besar atau pengetua meningkat
4.5
0.64
Sangat Tinggi
Meningkatkan kemampuan memindahkan pengetahuan dan kemahiran dalam teori kepada bentuk amali
4.4
0.64
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Program Sandaran
4.2
0.53
Tinggi


(8) (i) Kandungan umum kursus

Jadual 12: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Kandungan Umum

Konstruk Kandungan Umum
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Kandungan kursus disusun berdasarkan turutan
3.8
0.84
Tinggi
Jadual waktu diikuti dengan baik oleh pensyarah
4.4
0.53
Sangat Tinggi
Tempoh masa bagi setiap modul pembelajaran adalah mencukupi
3.2
1.11
Sederhana
Jadual waktu bagi setiap fasa tidak membebankan anda
3.3
1.13
Sederhana
Modul-modul yang dipelajari sesuai dengan objektif kursus
4.1
0.58
Tinggi
Masa yang diperuntukkan bagi setiap submodul adalah sesuai
3.3
1.07
Tinggi
Kandungan keseluruhan kursus seimbang daripada segi teori dan praktikal
3.7
0.84
Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Kandungan Umum
3.7
0.63
Tinggi


(8) (ii) Kandungan spesifik kursus

Nilai skor min, sisihan piawai dan tahap bagi Modul Asas, Dasar dan Hala Tuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan Keberkesanan Kendiri juga telah diteliti.  Secara keseluruhannya, peserta NPQEL Ambilan 1 Tahun 2011 berpendapat bahawa kandungan spesifik kursus adalah sangat relevan (nilai min di antara 4.4 hingga 4.6). Nilai sisihan piawai yang kecil (di antara 0.58 hingga 0.72) menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang kecil dalam kalangan peserta terhadap konstruk kandungan spesifik kursus ini.


(9) Pentaksiran sebelum kursus

Jadual 13: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Sesi Pentaksiran Sebelum Diterima Masuk Ke Program NPQEL

Konstruk Sesi Pentaksiran Sebelum Diterima Masuk Ke Program NPQEL
Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Taklimat yang diberikan sebelum sesi taksiran adalah mencukupi
4.2
0.78
Tinggi
Instrumen (soal selidik) Bahasa Inggeris yang digunakan semasa taksiran adalah sesuai
3.7
1.05
Tinggi
Jangkamasa untuk menjawab instrumen adalah mencukupi
4.0
0.82
Tinggi
Jangkamasa yang diperuntukkan semasa temu duga adalah mencukupi
4.3
0.62
Sangat Tinggi
Bilangan panel penemu duga adalah bersesuaian
4.3
0.60
Sangat Tinggi
Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temu duga adalah relevan
4.4
0.67
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk sesi pentaksiran sebelum kursus
4.2
0.59
Tinggi




(10) Pentaksiran selepas kursus

Jadual 14: Skor min, sisihan piawai dan tahap bagi konstruk Sesi Pentaksiran pada minggu terakhir Program NPQEL

Konstruk Sesi Pentaksiran pada minggu terakhir Program NPQEL

Skor Min
Sisihan Piawai
Tahap
Taklimat yang diberikan sebelum sesi taksiran adalah mencukupi
4.4
0.64
Sangat Tinggi
Instrumen (soal selidik) yang digunakan semasa taksiran adalah sesuai
4.4
0.59
Sangat Tinggi
Jangkamasa untuk menjawab instrumen adalah mencukupi
4.5
0.64
Sangat Tinggi
Jangkamasa yang diperuntukkan semasa temu duga adalah mencukupi
4.5
0.56
Sangat Tinggi
Bilangan panel penemu duga adalah bersesuaian
4.6
0.62
Sangat Tinggi
Soalan-soalan yang dikemukakan semasa temu duga adalah relevan
4.5
0.62
Sangat Tinggi
Kandungan input semasa sesi pentaksiran kecergasan adalah bersesuaian
4.5
0.59
Sangat Tinggi
Aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pentaksiran kecergasan adalah sesuai
4.4
0.64
Sangat Tinggi
Reaksi peserta NPQEL terhadap konstruk Sesi Pentaksiran Selepas Kursus
4.5
0.45
Sangat Tinggi



Perbincangan

Daripada dapatan kajian ini, kita dapat melihat bahawa kandungan spesifik Program NPQEL mendapat ‘ranking’ yang tinggi daripada peserta. Mereka berpendapat bahawa kandungan spesifik kursus yang terdiri daripada tujuh modul adalah sangat relevan kepada realiti tugas-tugas mereka sebagai pengurus dan pentadbir sekolah. Jika ditinjau lebih lanjut, Modul 6 iaitu Modul Keberkesanan Kendiri mempunyai nilai sisihan piawai yang paling tinggi iaitu 0.72. Nilai sisihan piawai ini menunjukkan terdapat perbezaan paling besar dalam kalangan peserta terhadap modul 6 ini. Jika ditinjau lebih lanjut, nilai yang besar ini disumbangkan oleh submodul Pengurusan Sosial.  Hal ini membawa implikasi bahawa terdapat keperluan untuk menyemak semula submodul ini bagi ditambah baik untuk sesi ambilan peserta akan datang.

Sesi pentaksiran selepas kursus juga mendapat reaksi yang sangat memuaskan daripada peserta. Hal ini mungkin disebabkan tiada unsur peperiksaan menyebabkan persepsi peserta sangat baik, di samping jadual waktu yang tidak padat dengan kuliah dan tiadanya tugasan kursus. Dalam sesi pentaksiran ini, peserta hanya terlibat dengan taklimat, penghantaran tugasan, sesi temu duga secara giliran dan pentaksiran kecergasan diri masing-masing.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan umum kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi atau memuaskan. Dengan kata lain, tahap semua perkara di atas adalah ‘baik’ daripada persepsi peserta NPQEL Ambilan 1 Tahun 2011. Implikasinya, semua perkara di atas perlu diteruskan dengan membuat penambahbaikan agar kualiti dapat ditingkatkan sehingga persepsi peserta berada pada tahap, sangat tinggi, sangat memuaskan atau sangat baik.

Jika ditinjau lebih lanjut, terdapat beberapa perkara yang memperlihatkan perbezaan pendapat yang besar dalam kalangan peserta NPQEL berkaitan dengan Program Penandaarasan, Program Sandaran dan kandungan umum kursus. Dalam kesemua kes, nilai sisihan piawai adalah melebihi 1.00. Dalam hal ini, tempoh masa pelaksanaan serta bimbingan yang diberikan oleh pensyarah  dalam Program Penandaarasan dan Program Sandaran menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang besar (Sila rujuk Jadual 10 dan Jadual 11). Dengan kata lain, terdapat perbezaan pendapat yang besar dari segi kesesuaian tempoh masa dan kecukupan bimbingan pensyarah dalam kedua-dua program tersebut. Justeru itu, pihak pengendali kursus (IAB) perlu membuat semakan semula bagi tujuan penambahbaikan terhadap kedua-dua perkara (tempoh masa pelaksanaan serta bimbingan yang diberikan oleh pensyarah) yang dikemukakan oleh peserta NPQEL ini.

Bagi kandungan umum kursus pula (sila rujuk Jadual 12), tempoh masa bagi setiap modul, bebanan jadual waktu bagi setiap fasa dan kesesuaian peruntukan masa bagi setiap submodul mendapat perbezaan pendapat yang besar dalam kalangan peserta NPQEL. Dengan kata lain, terdapat perbezaan pendapat yang besar bagi tiga perkara yang dinyatakan. Justeru itu, pihak IAB perlu membuat semakan semula bagi tujuan penambahbaikan terhadap ketiga-tiga perkara yang berkait dengan kandungan umum kursus ini.

Daripada kajian ini, kita dapat lihat bahawa reaksi peserta NPQEL adalah pada tahap sederhana bagi konstruk akses internet. Jika ditinjau lebih lanjut, perkara ini disumbangkan oleh pendapat peserta terhadap kemudahan dan kepantasan akses internet di bilik kuliah dan asrama IAB (sila rujuk Jadual 5). Dengan kata lain, peserta NPQEL berpendapat bahawa kemudahan dan kepantasan internet masih belum memuaskan. Justeru itu, usaha peningkatan dan penambahbaikan terhadap akses internet ini perlu menjadi antara perkara utama oleh IAB. Dalam hal ini, selama enam minggu mereka terlibat dalam sesi bersemuka di IAB dan amat memerlukan perkhidmatan internet untuk menyelesaikan kerja-kerja berkaitan Program NPQEL.


RUMUSAN

Daripada dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kandungan spesifik kursus dan sesi pentaksiran selepas kursus merupakan dua perkara utama yang mendapat persepsi sangat tinggi atau sangat memuaskan dalam kalangan peserta NPQEL. Di samping itu, bahan pelajaran sesi bersemuka, bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, aktiviti e-pembelajaran, penyampaian pensyarah, Program Penandaarasan, Program Sandaran, kandungan kursus dan pentaksiran sebelum kursus adalah pada tahap tinggi atau memuaskan. Dalam hal berkaitan, hanya perkara berkaitan akses internet sahaja yang mendapat tahap sederhana daripada segi reaksi peserta NPQEL.

Dapatan kajian ini juga telah memperlihatkan isu-isu yang perlu diteliti lebih mendalam oleh pihak IAB iaitu (1) Tempoh masa pelaksanaan Program Penandaarasan dan Program Sandaran, (2) Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah, (3) Tempoh masa setiap modul, (4) Jadual waktu setiap fasa dan (5)Peruntukan masa bagi setiap submodul.  Walaupun kelima-lima ini tidaklah begitu kritikal, namun usaha berterusan perlu dilaksanakan agar peserta dapat memberikan reaksi yang lebih baik. Kefahaman peserta yang lebih jelas terhadap isu-isu ini mungkin akan memperlihatkan reaksi yang lebih baik. Oleh itu, sesi penerangan lebih kemas dan teliti, mungkin dapat mengubah reaksi peserta menjadi lebih baik.

Peningkatan dan penambahbaikan terhadap akses internet perlu ditekankan oleh IAB kerana terdapat keperluan khusus seperti yang dikehendaki oleh peserta. Peralatan komunikasi yang melibatkan internet perlu ditambah di lokasi yang sesuai di IAB. Hal ini akan membolehkan IAB meningkatkan kemudahan akses internet. Secara tidak langsung, kepantasan internet dapat ditingkatkan untuk memenuhi keperluan peserta dalam melaksanakan pembelajaran secara e-learning.

Pihak IAB perlu meneruskan Program NPQEL ini kerana dapatan kajian dengan jelas menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap sembilan daripada sepuluh isu yang dikaji iaitu (1) Bahan pelajaran sesi bersemuka, (2) bahan pembelajaran sesi e-pembelajaran, (3) Aktiviti e-pembelajaran, (4) Penyampaian pensyarah, (5) Program Penandaarasan, (6) Program Sandaran, (7) Kandungan kursus, (8) Pentaksiran sebelum kursus dan (9) Pentaksiran selepas kursus. Dengan kata lain, Program NPQEL ini adalah berkesan dalam melatih bakal-bakal pengurus dan pemimpin sekolah di Malaysia.






CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan perkara-perkara berikut dalam usaha meningkatkan kualiti Program NPQEL pada masa-masa akan datang iaitu:

1.    IAB perlu membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap modul NPQEL mengikut keperluan dan perkembangan semasa. Hal ini penting dalam usaha melestarikan Program NPQEL ini agar apa yang disampaikan kepada peserta merupakan perkara yang terkini dan relevan dengan keadaan pendidikan semasa.
2.    Program peningkatan kemahiran konsultasi, membimbing dan memudah cara pensyarah IAB perlu diperbanyakkan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Hal ini dilihat sebagai usaha penting dalam memastikan tenaga penggerak Program NPQEL dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk membina insan terpenting di sekolah atau institusi pendidikan.
3.    Peningkatan dan penambahbaikan akses internet di IAB perlu diberi keutamaan. Perkara ini disebabkan oleh akses internet ini merupakan tulang belakang bagi pembelajaran secara e-learning dan menjadi perkara yang amat diperlukan oleh peserta semasa mereka berada di IAB.























Rujukan

Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship training programme for aspiring primary school headteachers. Disertasi Doktor Falsafah, University of Bristol.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2006. Laporan kajian penilaian graduan NPQEL. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bolam, R. 1999. Understanding leadership: developing headteachers. Dlm. Bush, T., Bell, S., Bolam, R., Glatter, R. & Ribbins, P. (pnyt.). Educational Management: redefining theory, policy and practice, hlmn. 77 - 89. London: Paul Chapman.

Bush, T. & Jackson, D. 2002. A preparation of school leadership: international perspectives. Education Management and Administration 30(4):417-429.

Council of Chief State School Officers (CCSSO). 1996. Interstate school leaders licensure consortium: standards for school leaders. Washington: CCSSO.

Guskey, T. R. 2002. Evaluating professional development. California: Corwin Press, Inc.

Kamaruzaman Moidunny, Akma Abdul Hamid & Nor Asmah Othman. 2010. Keberkesanan program kelayakan pemimpin pendidikan kebangsaan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Kamaruzaman Moidunny. 2009. Keberkesanan program kelayakan profesional kepengetuaan kebangsaan (NPQEL). Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran.
Male, T. 2001. Is the national professional qualification for headship making a difference? School Leadership and Management, 21(4), 463-477.

Menter, I., Holligan, C. & Mthenjwa, V. 2005. Reaching the parts that need to be reached? the impact of the Scottish qualification for Headship. School Leadership and Management, 25(1), 7-23.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nur Anuar Abdul Muthalib, Faridah Abu Hassan, Rohana Zulkifli, Md. Monoto Kosnan & Nur Fakhriyyah El-Emin Muhardi. 2006. Kajian penilaian graduan NPQH. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-13. Anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM. Genting Highlands, 4-8 Disember.

Oppenheim, A. N. 1996. Questionnaire design and attitude measurement. London: Heinemann.

Ribbins, P. 1999. Educational administration, leadership and management: towards a research agenda.  Dlm.  T. Bush, L. Bell, R. Bolam, R. Glatter, and P. Ribbins (pnyt). Educational Management: Redefining Theory, Policy and Practice. hlmn. 77-89. London: Paul Chapman Publishing.

Rohaya Hassan, Rosnarizah Abdul Halim & Sharifah Sebra Jamila Syed Imam. 2006. Penilaian program latihan Institut Aminuddin Baki: satu tinjauan terhadap program NPQH kohort 9/2005. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-13. Anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM. Genting Highlands, 4-8 Disember.

Singh, G.B.S. 2009. The national professional qualification for headship (NPQH) programme for secondary school headteachers in Malaysia: an avaluative case study. Disertasi Ijazah Kedoktoran: University of Birmingham.

Teacher Training Agency (TTA). 1998. National standards for headteachers. London: Teacher Training Agency.

Urus Setia NPQEL. 2011. Jumlah peserta NPQH/NPQEL mengikut tahun dan ambilan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Wan Zawawi Wan Ismail et al. 2011. Leadership transition pre to post NPQH: a qualitative analysis. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki


No comments:

Post a Comment